
REMAJA 19 TAHUN PANDU BMW M3 283 KM/J DITAHAN
Seorang remaja berusia 19 tahun telah ditahan di Oregon kerana didapati bersalah memandu melebihi had laju di dalam sebuah BMW M3 2016.
Pemandu BMW M3, Milo Schneider didakwa memandu pada kelajuan 283 km/j di dalam zon had laju 55 batu sejam (88.5 km/j).
Semasa ditahan, remaja itu memberikan kerjasama sepenuhnya dan mengakui bacaan kelajuan kereta tersebut pernah mencecah 183 batu sejam (295 km/j), iaitu kelajuan maksimum yang dihadkan pada model M3.
Sgt. Danny DiPietro memberitahu The Oregonian bahawa dia “tidak pernah melihat kelajuan setinggi ini di mana-mana,” sambil menambah, “apabila anda memandu pada kelajuan tersebut, sudah pasti akan terlanggar sesuatu, dan seseorang mungkin akan mati.
Pesalah yang didapati memandu melebihi 161 km/j (100 mph) akan dikenakan denda sebanyak $1,100 (RM5,002.80) dan lesen memandu digantung selama enam bulan. – Washington County Sheriff’s Office








