Buletin

DRIFTER TANPA TANGAN PECAH REKOD DUNIA 231.66 KM/J

Seorang lelaki yang kehilangan kedua-dua belah tangannya tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu halangan.

Sebaliknya, Bartosz Ostalowski berjaya membuktikan menerusi cubaan mencatatkan rekod dunia drift terpantas dengan hanya menggunakan kaki sahaja.

Ostalowski mencatatkan rekod tersebut pada 30 September 2022 menggunakan sebuah BMW M3 bertempat di Pila Airport, Poland.

Beliau mula menggelongsorkan kereta tersebut pada kelajuan 276.8 km/j sebelum mencapai kelajuan 231.66 km/j apabila melalui zon penilaian sepanjang 50 meter.

Bukan itu sahaja, beliau turut berjaya mengekalkan sudut drift maksimum pada 60 darjah.

Ostalowski kehilangan kedua-dua tangannya dalam satu tragedi kemalangan motosikal pada tahun 2006.

Kini, beliau bertanding di dalam Polish Drift Championship menggunakan sebuah jentera BMW M3 yang telah diubahsuai, dan dikuasakan oleh nadi V8 LS3 7.0 liter menghasilkan 1,000 hp dan 1,280 Nm.

Google ads
Back to top button