Buletin

BUKAN M3 ATAU M4, TAPI BMW I4 M50 SEBAGAI KERETA PALING LARIS BMW M TAHUN 2022

Tahukah anda, kereta berprestasi tinggi BMW M yang paling laku keras bukanlah sebuah BMW M3, M5 atau BMW M2.

Akan tetapi, ia adalah sebuah kereta elektrik BMW i4 M50!

Biarpun angka jualan sebenar bagi model BMW i4 M50 tidak didedahkan secara rasmi, namun BMW mengesahkan ia merupakan model M yang paling laris terjual sepanjang tahun 2022.

Menurut Timo Resch, Ketua Unit Jualan, Jenama dan Pelanggan BMW M GmbH berkata, “Bagi kami, ia satu petanda jelas bahawa pengalaman unik M telah berjaya tiba dalam dunia kenderaan berelektrik.”

BMW i4 M50 bukanlah satu-satunya model M berelektrik yang dijual pada masa ini.

BMW turut melancarkan model BMW XM dengan sistem hibrid M berkuasa 653 hp, diikuti dengan model BMW iX M60.

Selain daripada BMW i4 M50, kejayaan jualan BMW M pada tahun 2022 turut disumbangkan oleh model-model seperti BMW M3, BMW M4 serta model wagon BMW M3 Touring.

Google ads
Back to top button