Buletin

LAMBORGHINI AVENTADOR SVJ KANTOI PANDU 244 KM/J DALAM ZON 88 KM/J

Seorang pemandu Lamborghini Aventador SVJ telah ditahan oleh California Highway Patrol atas kesalahan melebihi had laju yang dibenarkan.

Menurut laporan, supercar Lamborghini itu telah dipandu pada kelajuan 244 km/j di dalam zon had laju 88 km/j.

Pasukan California Highway Patrol berjaya menahan Lamborghini itu di Santa Barbara County, Highway 154.

Difahamkan, laluan tersebut mempunyai jarak penglihatan yang terhad serta beberapa selekoh buta, menjadikannya sangat berbahaya untuk memandu dengan laju di situ.

Lamborghini Aventador SVJ muncul pada tahun 2018, dilengkapi dengan enjin V12 yang mampu menjana kuasa 770 hp dan 720 Nm yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat.

Ia mampu mencapai 200 km/j dalam masa 8.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. – FB California Highway Patrol

Google ads
Back to top button