
RIM BUGGATI VEYRON MESTI DIGANTI SETIAP KALI 2 KALI PENUKARAN TAYAR DIBUAT
Anda memang super kaya jika anda mampu memiliki dan memandu Bugatti Veyron setiap hari. Ini kerana rim dan tayar yang digunakan memang mahal. Penulis pernah melihat sim sukan sebuah kereta yang dihasilkan secara tempaan yang berharga RM 10,000 satu unit. Satu set sekitar Rm 40,000. Tapi tahukah anda berapa harga rim Veyron?
Paling murah ia dijual sekitar RM 44,000 (dalam ringgit) dan paling mahal ia berharga sekitar RM 178,000. Dalam satu video yang dihasilkan oleh saluran Waterjet Channel, satu unit tayar dan rim aloi telah dipotong bagi melihat pembinaan tayar dan rim ini bagi mencari perbezaannya dengan rim serta tayar kereta biasa
Dalam video ini, rim Buggati ini berharga sekitar RM 157,000 manakala tayar Michelin siri 365/710 R 540 ini berharga sekitar RM 45,000 setiap unit. Disebabkan tayar ini telah lama dan dihasilkan pada 2016, maka tayar ini tidak boleh digunakan pada Veyron.
Malah Buggati sendiri memberi nasihat teknikal yang umur tayar Veyron tidak boleh melebihi 5 tahun dan perlu diganti dengan tayar baru walaupun bunga tayar masih lagi tebal. Bagi rim aloi pula, ia akan diperiksa secara x-ray bagi mencari rekahan mikroskopik (metal fatigue) setiap kali tayar diganti baru.
Malah Buggati menegaskan rim aloi veyron perlu diganti baru selepas 2 kali penukaran tayar dilakukan. Ini bagi memastikan tayar dan rim dalam keadaan yang sangat bagus bagi pemanduan halaju tinggi. Keadaan ini menyebabkan rim aloi dalam video dibawah tidak lagi boleh digunakan dan dipotong dengan menggunakan jet air berkuasa tinggi
Sebaik sahaja roda Veyron ini selamat dipotong, komponen Inner Ring ditemui bagi menyokong tayar sekiranya tayar Michelin ini meletup pada halaju tinggi. Rim aloi ini dihasilkan oleh OZ Racing khas untuk Veyron dan tayar Michelin tadi digam dengan kemas setiap kali tayar dipasang pada rim aloi
Bayangkan anda memerlukan RM 626,000 bagi menukar tayar dan rim aloi Buggati Veyron, boleh beli rumah semi-d sebiji.