Buletin

VESPA S125 KINI KEMBALI. 4 PILIHAN WARNA, ENJIN I-GET, LEBIH BERKUASA DAN JIMAT BAHAN API

Selepas hilang sekejap dari pasaran tempatan, Vespa Malaysia baru-baru ini memperkenalkan semula model asasnya iaitu Vespa S125 untuk para peminatnya.

Vespa S baharu merupakan pewaris kepada “Vespino”, model legenda yang berjaya menawan hati generasi muda di seluruh dunia pada tahun 1960-an.

Inovasi terkini yang ada pada jentera tersebut ialah enjin Piaggio i-get yang mematuhi piawaian emisi Euro 3. Enjin itu bukan sahaja menawarkan prestasi lebih baik, malah sangat menjimatkan bahan api.

Setiap perincian, daripada ekzos hingga reka bentuk dalaman penutup kotak gear direka untuk menjadikan perjalanan lebih lancar, senyap dan selesa. Sistem pancitan bahan api dioptimumkan, manakala ECU mempunyai sensor barometrik yang menjamin pembakaran optimum dalam apa kondisi tunggangan.

Enjin ultra moden silinder tunggal 4-lejang 125cc dengan sistem penyejukan udara itu mampu menghasilkan kuasa sekitar 10.1hp pada 7,600rpm dan tork 10.2Nm pada 6,000rpm.

Ini menjadikan Vespa S125 berupaya bergerak pantas di laluan bandar dan lebuh raya. Kotak gearnya pula menjanjikan tunggangan yang lancar dan menyeronokkan setiap kali pendikit minyak dipulas.

Tangki bahan api berkapasiti tujuh liter membolehkan Vespa 125 S bergerak sejauh 420km tanpa sebarang masalah.

Jika berminat, Vespa S 2022 didatangkan dalam empat warna warna menarik iaitu kelabu pastel, yang kuning, hitam dan merah.

Google ads
Back to top button