
PESAING ALPHARD, BYD DENZA D9 DILANCARKAN DI CHINA. HARGA BERMULA RM220K
BYD Denza D9 dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos di China dan penghantaran dijangka bermula pada bulan September.
D9 dibina berdasarkan e-platform 3.0 BYD untuk versi EV dan platform DM-i sebagai hibrid. D9 merupakan salah satu daripada tiga model Denza yang dilancarkan pada tahun ini. Siri Denza akan melancarkan lima lagi produk pada masa hadapan yang dipanggil D, E, N, Z, dan A, berdasarkan nama DENZA.
Bahagian dalaman D9 dilengkapi dengan tujuh skrin, tiga di hadapan yang terdiri daripada panel instrumen bersaiz 10.25 inci, skrin kawalan tengah 15.6 inci dan paparan atas. Terdapat juga peti sejuk di antara tempat duduk hadapan yang boleh diakses oleh mereka yang berada di barisan kedua.
MPV itu juga hadir dengan beberapa fungsi lain seperti sistem bantuan pemanduan tahap 2 dan alat kawalan jauh parkir kenderaan.

Kerusi baris kedua yang boleh dilaras 10 hala dilengkapi perehat kaki, pemanasan, pengudaraan dan fungsi urutan (juga pada tempat duduk hadapan). Turut tersedia ialah tiga pengecas pantas tanpa wayar 50kW.
Ruang dalaman Denza boleh memuatkan tujuh orang penumpang dengan selesa. Dengan dimensi 5250/1960/1920mm dan jarak antara roda 3,110mm, tiada masalah untuk mengisi beberapa bagasi bersaiz sederhana.
Kulit jenis nappa dan kayu digunakan secara meluas di bahagian dalam D9. Sunroof panoramik tersedia bagi memboleh cahaya semulajadi masuk ke ruang kereta selain terdapat skrin (dilengkapi kamera 8MP) pada belakang dua tempat duduk.
Julat pemanduan untuk model PHEV adalah antara 945km hingga 1,040km dengan jarak elektrik 190km, pengecasan pantas DC sehingga 80kW dan penggunaan bahan api serendah 6.2 liter setiap 100km.
Versi hibrid menyaksikan enjin petrol pengecas turbo 1.5 liter dipadankan dengan motor elektrik dalam hibrid elektrik EHS170 baharu bersama sistem pacuan belakang 3-dalam-1.
Julat pemanduan bagi versi elektrik ialah 620km dengan kuasa pengecasan maksimum 166kW.
Empat pilihan hibrid dan dua elektrik penuh tersedia dengan harga sekitar untuk hibrid, antara AS$49,200 – AS$64,300 (RM220,047.00 – RM287,581.75). Manakala model EV di antara AS$57,000 – AS$67,200 (RM254,932.50 – RM300,552.00). Versi empat tempat duduk super mewah pula berharga AS$88,400 (RM395,369.00) dan terhad kepada 99 unit sahaja.
GALERI:










- BACA: BYD KINI MENDAHULUI TESLA DALAM SEGMEN KENDERAAN TENAGA BAHARU (NEV) DI CHINA
- BACA: BYD TIDAK LAGI HASILKAN KERETA ICE BERMULA MAC 2022. FOKUS KEPADA EV DAN PHEV SAHAJA
- BACA: RIVIAN PENGELUAR KENDERAAN KETIGA PALING BERNILAI DI DUNIA. LEPASI VW, BYD DAN GM
- BACA: BYD DOLPHIN. RUPA MACAM JAZZ, CAJ 5 MINIT DAPAT 150KM, HARGA BERMULA RM65K

