Artikel Pilihan

RIM LIDI DENGAN RIM SPORT MOTOSIKAL ADA BEZA KE?

Tulisan berikut ialah coretan catatan facebook Dr. Aid Fawzal berkenaan perbezaan antara rim lidi dan juga sport rim pada motosikal.

Ilham tulisan ini saya dapat daripada rakan followers kita yang kata anaknya umur 10 tahun bertanya apa beza rim lidi dengan ‘sport rim’? (Gambar 2).

Sebelum kita bezakan kedua² jenis rim ni, adalah baik untuk kita fahami fungsi sebenar rim. Rim adalah komponen yang menghubungkan kenderaan kepada tayar (dalam hal ni motorsikal).

Tugas utama rim adalah nak tukarkan pergerakan enjin yang berputar (rotational motion) kepada bentuk pergerakan linear (jalan depan-belakang).

Titik tengah rim mempunyai ‘hub’ yang bersambung dengan gandar motorsikal (axle) dan diluarannya tempat pegangan tayar yang mempunyai ‘rim well’ juga ‘bead seats’. Manakala diantara kedua² ini ada jejari dipanggil ‘spoke/s’.

Bila jejari (spoke/s) ni berbeza, maka fungsinya juga berbeza.

Jom kenali beza antara rim lidi dengan ‘sport rim’:

1) Rekabentuk & Binaan

• Rim lidi mempunyai 3 binaan berasingan: ‘hub’, jejari lidi & rim.

• Rim sport pula mempunyai binaan tunggal (single construction).

2) Berkaitan getaran (vibration) dan redaman (damping)

• Rim lidi mempunyai jejari lidi yang membenarkan ‘deformation’ dan ini dapat menyerap hentakan. Ada banyak point² pegangan antara ‘hub’ dengan gegelung rim dan ini dapat mengagihkan hentakan.

• Rim sport pula bersifat kukuh. Jejarinya tak sebanyak rim lidi. Ini membuatkan hentakan tidak diserap, sebaliknya disalurkan terus kepada ‘spring’ & ‘absorber’.

3) Maklum-balas (Feedback)

• Disebabkan rim lidi mudah lentur dan menyerap hentakan, pemanduan jadi lebih selesa tanpa merasakan gegaran amplitude rendah (hasil permukaan tak rata) pada si penunggang.

• Manakala tungangan dengan rim sport lebih kasar kerana setiap permukaan jalan dapat dirasai. Tetapi ini bagus kerana ia memberikan input kepada penunggang untuk membuat sebarang kawalan (handling).

4) Penyelenggaraan (maintenance)

a) Haaa, ni lah kelebihan rim lidi. Bila lidi bengkok, boleh ditukar-ganti. Bila rim gelong, boleh di’tarik’ semula (truing). Ia sangat lasak.

b) Tapi rim sport lebih kukuh. Cuma bila daya hentakan melebihi had mampu tampungnya (elasticity limit/yield point), ia akan patah.

5) Berat & Harga

a) Rim lidi biasanya murah disebabkan ia mudah untuk dihasilkan. Bahan² yang digunakan pun daripada bahan (material) yang tidak kompleks dan berat.

b) Manakala rim sport boleh jadi didatangkan dengan pelbagai rekabentuk, cara pembuatan (manufacturing) juga daripada material² yang canggih (seperti magnesium alloy, carbon fiber DLL) menyebabkan ianya ringan.

Dengan perbezaan sifat² yang telah kita sebutkan di atas, kedua² rim ini digunakan pada applikasi yang berbeza.

Rim lidi sesuai untuk kegunaan harian yang menempuhi pelbagai jenis permukaan jalan. Ia dapat serap hentakan kecil, penggangan jadi selesa dan kalau rosak, mudah untuk dibaiki. Kerana itu juga rim lidi digunakan untuk motorsikal² lasak seperti ‘motorcross’ dan ‘adventure bike’.

Manakala rim sukan lebih sesuai untuk kegunaan jalan yang rata seperti jalan tar & litar perlumbaan. Sifatnya yang keras dan ringan membantu untuk berikan input kepada pengunggang, kuasa enjin dapat disalurkan dengan baik dan saat membrek lebih nyata.

Mungkin lebih mudah kalau saya berikan contoh antara motorcross dan supermoto. Lihat gambar ke 3, kedua²nya boleh jadi motorsikal yang sama. Yang membezakan keduanya hanyalah jenis rim (rim lidi ataupon rim sport) dan tayar yang digunakan.

Kedua²nya adalah motorsikal yang sama. Disebabkan penggunanya untuk laluan lasak, rim yang digunakan lidi. Manakala apabila kegunaannya lebih untuk balapan (track/circuit racing), ia diubah kepada sport rim & slick tyres.

Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK

Sumber gambar 3a: Motocross Action Magazine
Sumber gambar 3b: Motorcyclist

Google ads
Back to top button