Artikel Pilihan

KUMPULAN STELLANTIS BUAT R&D JALAN RAYA BOLEH CAJ EV SAMBIL BERGERAK

Syarikat automotif Stellantis telah menjalankan kajian dan pembangunan satu teknologi baru yang dinamakan Dynamic Wireless Power Transfer yang membolehkan keretaelektrik dicaj secara tanpa wayar (Wirekess) ketika dipandu di atas jalan raya yang dibuat khas untuk mengecaj EV

DWPT mengaplikasikan teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kereta elektrik dengan menggunakan gegelung wayar yang “ditanam” atas permukaan jalan supaya kereta elektrik boleh mengecaj dan dipandu sebagai salah satu usaha menghapuskan masalah jarak pemanduan

Dengan teknologi ini, kereta elektrik boleh dipandu jauh tanpa kekangan pusat pengecasan yang terhad. Paling bagus ialah teknologi ini membenarkan semua kereta elektrik dipasang secara berasingan dengan adapter khas bagi membenarkan ia dicaj di atas permukaan jalan raya

Dalam ujian yang dijalan oleh Stellantis, satu litar khas dibina di Chiari Itali serta diuji dengan Fiat 500 EV baru bagi menguji keberkesanan sistem ini. Paling seronok kereta elektrik boleh dipandu pada halaju lebuh raya ketika dicaj

Malah pengkaji mendapati teknologi pengecasan nirwayar ini berupaya memindahkan tenaga daripada sistem pengecasan jalan raya kepada kereta pada kadar yang sama seperti pengecasan wayar konvensional. Jadi jika teknologi ini menjadi realiti, anda tidak perlu berhenti rehat semata-mata untuk mengecaj kereta elektrik

Projek pengecasan induktif ini boleh menjadi sebahagian daripada pembangunan infrastruktur kereta elektrik yang penting dalam usaha memastikan jangka hayat bateri semakin baik, mengurangkan masalah jarak perjalanan, kecekapan, kos dan prestasi kereta elektrik kumpula Stellantis

Di litar ujian Chiari dimana kajian dan pemabngunan teknologi pengecasan induktif ini fibuat, ia menggunakan kuasa elektrik arus terus dengan kelebihan mengurangkan kehilangan tenada sewaktu proses penghantaran kuasa elektrik, membenarkan Stellantis menggunakan kabel aluminium, tidak memerlukan conveter (AC-DC) dan lebih murah untuk dibangunkan

Stellantis merupakan syarikat kerjasama antara Itali dan Amerika dan juga kumpulan French PSA. Kumpulan Stellantis terdiri daripada Abarth, Alfa Romeo, Chrysler, Citroën, Dodge, DS, Fiat, Fiat Professional, Jeep, Lancia, Maserati, Mopar, Opel, Peugeot, Ram, and Vauxhall.

Ketika bergabung pada tahun 2021, Stellantis menggajikan 300,000 pekerja di 130 buah negara dan memiliki fasiliti kilang di 30 buah negara

Google ads
Back to top button