
10 KERETA TERLARIS DUNIA – 2025. EH ADA KERETA CHINA??
Laman sesawang Visual Capitalist telah mengeluarkan kaji selidik berkenaan dengan 10 model kereta popular dan terlaris di peringkat dunia beberapa bulan yang lepas. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan data jualan model kereta popular yang didaftarkan di seluruh dunia sepanjang tahun 2024
Antara 10 jenama yang popular sepanjang tahun lepas mengikut kedudukan ialah
1. Tesla Model Y – Bagi tahun 2024, Tesla berjaya menjual sebanyak 1.09 juta unit SUV popular mereka iaitu model Y di seluruh dunia. Jualan Tesla Model Y merupakan satu pencapaian yang memberansangkan dengan peningkatan ketara dari tahun 2022 ke tahun 2024.
Namun jika dibandingkan dengan tahun 2023 dengan jualan 1.22 juta unit, angka ini sebenarnya merupakan satu penurunan sedikit. Maka tidak hairanlah yang Tesla dengan pantas memperkenalkan Model Y Juniper bagi meningkatkan semula permintaan. Masalahnya rekaan Model Y Juniper tetap buruk
2. Toyota Corolla – kereta sedan mampu milik dengan harga yang murah (di luar negara la) tetap menjadi pilihan ramai apabila jualan Corolla meningkat naik dari 803,000 unit untuk tahun 2023 kepada 1.08 juta unit bagi tahun 2024. Ini membuktikan masih ramai pengguna yang mahukan sedan mampu milik untuk kegunaan seharian pada harga yang rendah dan ketahanan menjadi aspek nombor 1.
3. Toyota RAV4 – jika pelanggan mahukan SUV besar dan selesa, RAV4 menjadi pilihan pengguna dengan jualan global mencecah 1.02 juta unit terjual pada tahun 2024. Walaubagaimanapun, angka ini sebenarnya merosot sedikit berbanding dengan data jualan 2023 (1.07 juta unit). Ini membuktikan SUV dengan enjin pembakaran masih lagi menjadi pilihan pengguna seluruh dunia
4. Ford F150 -bagi pengguna Amerika Utara yang sinonim dengan tagline “besar dan berkuasa”, trak pikap buatan Ford menjadi pilihan utama berbanding dengan Cybertruck. Sebanyak 900,000 unit telah terjual dan angka jualan ini sebenarnya meningkat berbanding dengan tahun 2023 (623,000 unit).
5. Honda CR-V – Jenama Honda pula muncul dlam senarai ini dengan model CR-V atau SUV kompak (bagi definasi luar negara dengan angka jualan 2024 mencapai 740,000 unit. Saingan dari SUV negara China dan SUV elektrik menyebabkan angka jualan merosot berbanding tahun 2023 (846,000 unit)
6. Chevrolet Silverado (640) – laman sesawang ini juga meletakkan sebuah lagi trak pikap iaitu Chevrolet Silverado dalam senarai pada kedudukan ke 6 dengan jualan mencapai 640,000 unit terjual. Namun penulis gagal menjumpai angka jualan trak ini pada tahun 2023 dan 2022 untuk perbandingan data
7. Hyundai Tucson- mewakili jenama Korea ialah SUV bersaiz kompak (segmen C) iaitu Hyundai Tucson dengan jualan pada tahun 2024 mencapai 610,000 unit di peringkat global. Salah satu aspek yang mendorong jualan ialah rekaan luaran yang unik serta ditawarkan dalam varian petrol, turbo, hibrid, PHEV dan diesel
8. Toyota Camry- model ke 3 Toyota yang tersenarai ialah Camry, sebuah sedan segmen D yang telah lama dijual oleh Toyota. Pada tahun 2024, sebanyak 580,000 unit Camry telah terjual dan angka ini adalah menurun berbanding dengan angka 2023 sebanyak 650,000 unit. Toyota telah menjalankan aktiviti facelift bagi melonjakkan semula jualan dengan rekaan baru serta pilihan trenkuasa yang lebih moden
9. BYD Song – Jenama BYD mula menunjukkan taring di pentas global dengan SUV mereka iaitu BYD Song bagi pasaran domestik. Bagi sesetengah pasaran, ia menggunakan nama BYD Seal U ataupun BYD Sealion 6. Sebanyak 570 BYD Song telah terjual seluruh dunia pada tahun 2024
10. Volkswagen Tiguan – bagi pasaran global, Volkswagen Tiguan telahpun memasuki pasaran dengan model generasi ke 3 yang diperkenalkan pada tahun 2024 dengan pilihan enjin petrol (1.4 turbo), 1.4 mild hybrid, 2.0 turbo, 1.5 PHEV dan 2.0 turbodiesel. Sebanyak 540,000 unit Volkswagen Tiguan telah terjual pada tahun 2024