
SIAPA KATA ENJIN BOXER MANJA?
Dalam dunia automotif hari ini hanya 2 pengeluar automotif yang kekal mengeluarkan enjin boxer, satu daripada Jerman dan satu lagi dari Jepun. Porsche kekal menggunakan enjin boxer bagi kebanyakan supercar mereka manakala Subaru menghasilkan enjin boxer bagi warga marhaen
Bagi pengeluar dari China, BYD telah menghasilkan enjin prototaip boxer yang bertindak sebagai EREV manakala GWM akan menghasilkan enjin Boxer bagi kegunaan motosikal touring mereka. Namun enjin Subaru dengan pengalaman yang luas dari model EJ22T sehinggalah enjin EJ25
Dalam satu video yang dihasilkan oleh I Do Cars, pengacara dalam video ini telah meleraikan enjin 3000cc 6 silinder boxer dengan kod EZ30. Enjin ini telah dipasang dan digunakan pada Subaru Outback 2005 dengan jarak perjalanan mencapai 200,000 batu (321,000km).
Enjin ini telah mengalami kerosakan yang terlalu mahal untuk dibaiki dan mengalami kegagalan dalam ujian tekanan (compression test). Disebabkan terlalu lama berada di luar, enjin ini telah berkarat pada bahagian bolt. Keadaan ini menyebabkan bolt telah retak sewaktu penutup engine head dibuka
Dalam video dengan sepanjang 60 minit, proses membuka enjin ini berjalan dengan lancar. Komponen lain seperti aci sesondol tidak menunjukkan sebarang tanda kehausan yang teruk melainkan pada lubang yang digunakan untuk menyalirkan minyak pelincir
Untuk komponen lain seperti piston, terdapat enapan karbon pada sesetengah piston manakala hampir semua injap enjin berada dalam keadaan yang baik. Selepas membuka hampir kesemua komponen, barulah rancangan menjumpai sedikit aloi enjin yang terkakis
Namun selain daripada kehausan biasa akibat sentuahan pada rod penyambung dan bearing utama, hampir semua komponen enjin berada dalam keadaan baik. Kegagalan utama enjin boxer ini dikenalpasti sebagai kegagalan compression test – disebabkan oleh masalah karat pada sistem valvetrain
Namun berdasarkan keadaan dan rekaan enjin, kita boleh bersetuju bahawa enjin Boxer yang dihasilkan oleh Subaru adalah “over engineered” dan “over built”. Disebabkan oleh pemilik asal gagal menukar minyak pelincir mengikut sela masa yang ditetapkan, enjin ini mengalami masalah karat dan akhirnya berakhir dengan kegagalan