
BMW M3 BARU BAKAL TAWAR 2 PILIHAN – EV & ICE-ICE BABY
Dalam satu temubual bersama media Top Gear UK, Timbalan Presiden Neue Klasse BMW Dr. Mike Reichelt mengesahkan yang model BMW sedan 3 Series atau lebih dikenali dengan nama M3 akan dihasilkan dalam 2 varian yang berbeza
Dibangunkan dengan menggunakan platform 800 volt Neue Klasse, sedan EV m3 ini dianggarkan mampu menjana sehingga 800 kuasa kuda. Bagi varian petrol, Boss BMW ini mengesahkan BMW sedang menghasilkan satu lagi enjin 6 silinder yang lebih baru dan berkuasa
Bagaimanapun, Boss BMW enggan mendedahkan butiran sebenar enjin 6 silinder sebaris melainkan kita boleh meneka yang enjin tersebut adalah enjin 3000cc petrol turbo. Keadaan ini juga membuktikan sesetengah peminat BMW M enggan bertukar kepada EV
BMW M3 generasi sekarang menggunakan enjin S58 3000cc 6 silinder turbo berkembar yang menghasilkan 523 kuasa kuda dalam varian paling berkuasa. Besar kemungkinan BMW akan menghasilkan varian hibrid bagi enjin S58 bagi melonjakkan kuasa kepada 700hp
Boss BMW juga menegaskan tidak akan menggunakan konsep yang sama digunakan oleh Mercedes AMG iaitu menggunakan enjin 2000cc 4 silinder pada model M3. Bagi varian EV, tagline “Hear of Joy” akan menggabungkan elemen trenkuasa, brek, regeneratif dan sistem pengecasan dalam satu unit 10 kali ganda lebih pantas
Bagi varian EV, keutamaan BMW bukan sahaja pada pecutan 0-100km/jam tapi ketepatan dinamik dan kawalan stering yang jitu ketika melalui selekoh pada halaju tinggi. Keadaan ini membenarkan pemandu tidak melakukan pembetulan stering di pertengahan selekoh