BuletinModifikasi

TRIKE ELEKTRIK DARI MALTA, 0-100KM 4.2 SAAT, CAS 5 MINIT UNTUK PERJALANAN 500KM

Apakah yang anda tahu tentang negara Malta? Pulau kecil bekas jajahan British ini terletak di Selatan benua Eropah, berkeluasan 316Km persegi dengan populasi penduduk seramai 450,000 orang.

Trike Valeno Black mamba (1)

Apa lagi?

Ada sebuah syarikat di sana sedang mengusahakan sebuah projek kereta tiga roda atau lebih dikenali dengan istilah “trike”. Dalam dunia ini, trike pernah dan sedang dijual dalam bentuk produksi massa ialah Polaris Slingshot dan Morgan 3 wheeler.

Trike Valeno Black mamba (1)

Syarikat yang dikenali dengan nama Valene Motors ini telah merancang untuk melancarkan projek terbaru mereka, trike berkuasa elektrik dengan ekstrak sehingga 810HP yang dikenali dengan nama Black Mamba.

Black Mamba akan dikuasakan oleh beberapa pilihan pek bateri. Ia terdiri dari unit 15 kWh, 30 kWh dan 50 kWh. Jarak perjalanan bermula di antara 180 km hingga ke 500km.

Trike Valeno Black mamba (4)

Veleno Motors mendedahkan juga spesifikasi dengan penggunaan kerangka besi yang diperkuatkan dengan panel badan jenis komposit. Kesemua komponen elektrik ini dipasangkan di bahagian belakang kenderaan. Motor pula dipacu terus ke bahagian roda belakang, meminimumkan penggunaan bahagian bergerak.

Motor 15kWh (107hp) didakwa mampu memecut dari 0-100km dalam masa 4.2 saat. Kalau begitu bagaimana dengan yang 810hp? (50Kwh). Kelajuan cahaya? Sepantas roket?

Lebih menarik lagi bateri ini disambungkan dengan COMBO 2 connector. Mekanisme pengecas AC dan DC dalam satu pakej. Bateri 50kWh boleh dicas dalam masa 60 minit sementara 15kWh dalam masa kurang dari 25 minit.

Tapi nanti dulu, Black Mamba didakwa adalah kenderaan pertama yang menyokong teknologi “Hypercharging” iaitu membenarkan bateri 50kWh dicas dalam masa 5 minit. Huh?

 

Trike Valeno Black mamba (3)

 

Trike ini juga diberi opsyen kepada pembeli untuk dipasangkan dengan sistem audio lengkap dari Clarion. Ia menggunakan sistem audio digital penuh yang memastikan kualiti bunyi adalah yang terbaik untuk kenderaan dalam kategorinya.

Melihat pada spesifikasi satu persatu, memang nampak mengujakan. Berapa harga dijual dan bila siap tak pun diberitahu. Saya juga teruja nak tengok kereta ni diuji dengan Polaris, Morgan atau Can Am Spyder Turbo.

Trike Valeno Black mamba (2)

Harapannya begitulah, tapi bila tengok gambar casis yang dirakam ni mula lah sangsi. Diorang ni snap pakai Nokia sabun ke?

Google ads
Back to top button