Buletin

HONDA CATAT PRODUKSI 100 JUTA UNIT KENDERAAN

Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah mencatat produksi kenderaan yang ke-100 juta unit secara kumulatif di seluruh dunia.

Honda memulakan pengeluaran produk automobilnya pada tahun 1963 menerusi model trak mini T360 dan kereta sports S500. Setahun selepas itu, Honda mengaplikasikan segala teknologi dan pengetahuan produksinya, sebelum membina kilang pertama yang khas untuk pengeluaran kenderaan di bandar Sayama, wilayah Saitama, Jepun.

honda-5600-roadster-mekanika

Kilang tersebut kemudian memulakan pengeluaran model roadster S600 yang ikonik.

Sejak itu, Honda terus meningkatkan jumlah pengeluaran tahunannya. Menambah baik saluran produksi dan mengeksport kenderaan ke pasaran yang lebih luas. Pada tahun 2016, Honda mempunyai 34 buah kilang pengeluaran di lima benua.

BACA: HONDA S2000 ‘BAHARU’ DIJUAL DI AUSTRALIA – SELEPAS 7 TAHUN DIHENTIKAN PRODUKSI

BACA: HONDA FREED MODULO X CONCEPT DI TAS 2017!

“Terima kasih atas sokongan semua pelanggan kami di seluruh dunia, Honda berjaya menghasilkan 100 juta buah kenderaan. Kesungguhan pengasas syarikat ini untuk membantu meringan beban harian orang ramai dan memberi keseronokan ketika memandu telah diwarisi oleh semua kakitangan Honda.

HONDA S660 MULA DIJUAL DI JEPUN

“Dengan azam untuk berjumpa dengan 100 orang pelanggan lagi, Honda akan terus menawarkan produk-produk yang menarik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor, Takahiro Hachigo.

Google ads
Back to top button