Buletin

ROLLS-ROYCE CULLINAN BUAT PENAMPILAN PERTAMA DI ASIA TENGGARA, DI SINGAPURA – RM3.78 JUTA

SUV pertama Rolls-Royce, Cullinan membuat pernampilan sulung di Asia Tengara di Singapura.

“Walaupun segmen SUV sangat sengit, kami percaya Cullinan mampu menetapkan satu penanda aras baru dalam aspek kemewahan yang luar biasa,” kata Pengarah Serantau untuk Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, Paul Harris.

Sebagai pasaran mewah di Rantau ini, kehadiran Cullinan di Singapura memang ditunggu-tunggu.

Cullinan dibina di atas platform baharu yang menawarkan aspek keselesaan, ruang dan teknologi termaju. Sama seperti kenderaan Rolls-Royce yang lain, SUV itu hadir bersama pilihan ubah suai buat para pelanggannya.

Ia digerakkan oleh enjin twin-turbocharged V12 bersesaran 6.74 liter yang menyediakan kuasa tork sehingga 850Nm pada hanya 1,600Nm. Kuasa itu disalurkan ke semua roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.

Keselesaan pemanduan dipertingkatkan dengan sistem suspensi udara pada keempat-empat rodanya. SUV itu boleh direndahkan sebanyak 40mm untuk memudahkan anda masuk ke dalam kabin.

Boleh dinaikkan setinggi 40mm, Cullinan dikatakan boleh melalui laluan off-road tanpa sebarang masalah. Ada ke orang bawa Rolls-Royce masuk hutan?

Di Singapura, SUV itu didatangkan dalam warna merah bersama kabin berwarna hitam dan coklat. Harganya pula bermula SGD$1,268,888 (RM3.78 juta) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button