Buletin

ROLLS-ROYCE CULLINAN – SUV ULTRA MEWAH, RM1.28 JUTA

Rolls-Royce akhirnya menyertai saingan segmen SUV ultra mewah apabila memperkenalkan Cullinan.

Menjadi SUV pertama dihasilkannya, nama Culllinan itu sebenarnya diambil daripada pertama paling besar yang pernah dijumpai dan menjadi sebahagian daripada permata mahkota Britain.

Rolls-Royce menggambarkan Cullinan sebagai kenderaan untuk semua permukaan jalan, dengan reka bentuk badan yang tinggi, tulen dan mewah. Ia merupakan model kedua yang menggunakan platform aluminium ‘Architecture of Luxury’.

Jentera itu menggunakan enjin turbo V12 berkembar yang telah ditambah baik. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 571PS dan tork 850Nm, Cullinan didakwa boleh memecut dengan kelajuan 250km/j.

Sebagai sebuah Rolls-Royce, Cullinan amat menitikberatkan keselesaan. Jadi, ia dipasang sistem suspensi udara dengan topang lebih besar. Rolls-Royce mendakwa keselesaan maksimum boleh dicapai walaupun dipandu di laluan off-road.

Sistem pacuan empat roda baharu itu didatangkan dengan butang khas ‘Everywhere’. Butang tersebut membolehkan pemandu menggunakan semua kuasa tork di atas apa jua permukaan jalan raya. Pengeluar kenderaan itu turut mendakwa Cullinan mempunyai jarak kelegaan tanah paling tinggi dalam segmen SUV mewah dengan 440mm.

Dilihat dari segi dimensi, Cullinan adalah sepanjang 5,341mm, lebar 2,164mm, tinggi 1,835mm dan berat 2.6 tan. Beratnya..

Pelanggan boleh memilih di antara dua konfigurasi untuk tempat duduk belakang sama ada kerusi biasa (lounge seat) dan kerusi individu yang lebih mewah.

Rolls Royce Cullinan ditawarkan pada harga AS$325,000 (RM1.28 juta) seunit dengan pilihan custom yang sangat panjang.

GALERI

Google ads
Back to top button