Buletin

ROLLS-ROYCE DAWN – RM4 JUTA SEUNIT!

Rolls-Royce Motor Cars hari ini memperkenalkan model Drophead empat tempat duduk super mewah yang baru, Dawn buat kali pertamanya di Malaysia.

Rolls-Royce-Dawn-2016-mekanika (7)

Kehadiran Dawn menetapkan satu penanda aras kepada segmen convertible super mewah, ketika Rolls-Royce melihat pertumbuhan pesat sektor barangan mewah di Malaysia.

“Dawn mendefinisikan semula aspek kemewahan kenderaan dengan menawarkan sesuatu yang sangat berbeza. Reka bentuk Dawn yang berani dan kontemporari membuka satu halaman baru dalam sejarah gemilang Rolls-Royce.

Rolls-Royce-Dawn-2016-mekanika (1)

“Di banyak pasaran, kami melihat minat terhadap Dawn ditunjukkan oleh kelompok pelanggan yang luas. Mereka yang baru dan sudah lama dengan jenama ini,”  kata Pengarah Serantau Asia Pasifik Paul Harris.

Pengarah Urusan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Dato’ Michael Ong mengumumkan bahawa dawn akan ditawarkan di pasaran tempatan pada harga anggaran RM4 juta seunit.

Rolls-Royce-Dawn-2016-mekanika (2)

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V12 bersesaran 6.6 liter turbo berkembar. Mampu menjana kuasa sehingga 563hp dan tork 780Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatic lapan kelajuan.

Rolls-Royce Dawn baharu menampilkan 80% panel badan yang unik. Malah, tayar baharu turut dibina untuk model ini.

Rolls-Royce-Dawn-2016-mekanika (8)

Pasukan jurutera Rolls-Royce memberi perhatian khusus kepada bumbung yang menawarkan kesenyapan model Wraith ketika dinaikkan. Bumbung ini beroperasi dalam tempoh cuma 20 saat pada kelajuan mencecah 50km/j.

Rekaan Rolls-Royce telah menghasilkan sebuah kabin yang menawarkan semua bentuk kualiti pertukangan yang tiada cacat celanya. Ia menggabungkan falsafah pengalaman pemanduan yang lancar dan mengujakan.

Rolls-Royce-Dawn-2016-mekanika (4)

“Ketika membina Dawn, kami memang tidak berkompromi dengan keselesaan dan kemewahan untuk empat orang penumpang dewasa yang mahu mengembara bersama dengan penuh gaya,” kata Pengarah Reka Bentuk Rolls-Royce, Giles Taylor.

Dawn boleh dilihat secara dekat menerusi jemputan di Bangsar Shopping Centre mulai 22 hingga 24 Julai, 11:00am hingga 8:00pm.

Google ads
Back to top button