
Buletin
RON 95 & RON 97 TURUN 4 SEN. DIESEL TURUN 2 SEN. 4 JULAI 2020-10 JULAI 2020
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 4 JULAI 2020 hingga 10 JULAI 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:
- Harga runcit petrol RON97 – RM1.95 seliter (turun 4 sen)
- Harga runcit petrol RON95 – RM1.65 seliter (turun 4 sen)
- Harga runcit diesel – RM1.84 seliter (turun 2 sen)
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia termasuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.