Buletin

YOUTUBER 12 TAHUN DAH MAMPU BELI VELLLFIRE. KAU ADA?

Ketika kanak-kanak lain masih sibuk bermain game, seorang YouTuber yang baru berusia 12 tahun, Aryanna Alyssa Dezek sudah mampu membeli sebuah Toyota Vellfire. 

Alyssa  yang juga seorang penyanyi dan pelakon itu memberitahu dia tidak pernah menyangka boleh memiliki sebuah kenderaan pada usia sebegitu muda. 

Dianggarkan berharga RM250,000 seunit, Vellfire tersebut dibeli menggunakan pendapatan yang diperoleh daripada saluran YouTube miliknya. Pembelian MPV itu adalah untuk berkongsi kesenangan bersama keluarga dan sebagai hadiah kepada diri sendiri selepas penat bekerja. 

Dengan lebih tiga juta langganan, YouTube Alyssa menghimpunkan peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. 

Entri terbaharu bertajuk Lagu Untuk Kamu telah ditonton sebanyak 56 juta kali. Beberapa video lain juga berjaya mencatat jutaan tontonan. 

Alyssa  memberitahu pembelian Vellfire itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi mahu memberi inspirasi kepada orang lain terutama kanak-kanak. Dia berterima kasih kepada ibunya, Suzanne Desek kerana mendaftar saluran itu sejak lapan tahun lalu. 

Pada asalnya, video nyanyian Alyssa dimuat naik ke YouTube untuk dijadikan sebagai kenangan. Tetapi, sejak saluran dimulakan pada tahun 2012, banyak videonya tular misalnya lagu Kun Anta. Sehinggakan penyanyi asalnya ingin bertemu dengan Alyssa ketika dia datang ke Malaysia. 

Alyssa dikatakan menjadi adalah selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia berbanding selebriti solo lain. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button