Buletin

RON95 & RON97 NAIK 4 SEN, DIESEL NAIK 3 SEN. SEHINGGA 8 JANUARI 2021

Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 naik empat sen seliter, manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.84 seliter, sementara harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.14 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM1.98 sen seliter kepada RM2.01 seliter.

Harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). – Bernama

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button