Buletin

PERODUA ATASI SASARAN JUALAN 2020 DENGAN 220,154 UNIT KENDERAAN

Perodua berjaya mendaftar 220,154 kenderaan pada 2020. Sekali gus mengatasi sasaran jualan 210,000 unit dengan lebihan sebanyak 10,154 unit.

Perkembangan positif itu didorong oleh permintaan tinggi berikutan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad menyatakan bahawa Perodua berjaya mengeluarkan 220,968 kenderaan pada 2020, walaupun pengeluaran dihentikan antara Mac dan Mei 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perodua juga mencapai jualan satu juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada November 2020, tepat dua tahun selepas mencapai angka setengah juta. Ini sememangnya mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeluar EEV terbesar di Malaysia,” kata Zainal.

Perodua turut menjangkakan tahun 2021 adalah lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik COVID-19 akan dapat diatasi dengan vaksin. Pengeluar kenderaan itu bakal mengumumkan sasaran 2021 tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, Perodua berusaha untuk memenuhi tempahan sedia ada dan meningkatkan jualan yang lebih tinggi pada tahun 2021.

Google ads
Back to top button