Buletin

RON95 & RON97 NAIK 5 SEN. DIESEL NAIK 3 SEN. 16-22 JANUARI 2021

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik lima sen kepada RM2.19 dan RM1.89 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam malam ini sehingga 22 Januari 2021.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel turut naik tiga sen kepada RM2.05 berbanding RM2.02 sen seliter sebelum ini.

Harga baharu ini adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.



Google ads
Back to top button