Artikel Pilihan

ROSENBAUER PERKENALKAN JENTERA BOMBA BERKUASA ELEKTRIK – MACAM PROPS FILEM STAR WARS PUN ADA

Jentera-jentera kini semakin canggih. Dalam kecanggihan itu muncullah Panther 6×6 Electric dari Rosenbauer yang terus kelihatan macam kenderaan dari filem fiksyen sains. Jentera bomba baharu dari Austria ini ialah untuk kegunaan di lapangan terbang dan mempunyai kuasa yang melebihi jentera berkuasa disel dengan emisi sifar karbon.

Panther Electric dikategorikan sebagai Aircraft Rescue and Firefighting Vehicle (ARFF) dan merupakan saudara kembar kepada Panther 6×6 asal yang berkuasa disel. Dilihat dari luar nampak hampir sama cuma versi elektrik mempunyai lampu-lampu LED yang membantu dalam keadaan kurang cahaya.

Selain penggunaan motor-motor elektrik yang menggantikan enjin disel asal, kelengkapan lain kesemuanya masih sama. Ini termasuklah pam air, sistem semburan buih dan meriam air. Tangkinya boleh memuatkan 12,000 liter air, 1,450 liter buih dan 250 kilogram debu pemadam kebakaran. Persenjataannya lebih dari mencukupi untuk memadamkan kebakaran pesawat jika berlaku.

Revolusi sebenar jentera ini berada pada empat motor elektrik yang secara keseluruhan menghasilkan 980 hp kuasa maksima. Ia boleh ditingkatkan kepada 1,200 bila mod Boost diaktifkan. Pecutan 0-100 kmj hanya mengambil masa 19.7 saat. Lebih perlahan dari Kancil ketua kampung tapi jauh lebih pantas berbanding Panther 6×6 disel.

Tak payah la nak banding dengan kereta biasa sebab jentera ni hanya akan bergerak dalam kawasan lapangan terbang. Untuk jentera seberat 40 ke 42.5 tan ia sebenarnya sudah cukup laju. Kelajuan maksimanya ialah 120 kmj! Boleh tahan tapi tak payah la berapa lama masa yang diambil.

Ia menggunakan pek bateri 256 kWh dan lebih dari memadai untuk kegunaan ketika kecemasan. Jentera ini juga disokong sistem pengecasan pantas yang hanya mengambil 45 untuk cas penuh dari kosong peratus. 90 peratus tugasan Panther boleh dilaksanakan dengan tenaga elektrik. 10 peratus lagi? Ia akan disokong oleh sistem sokong tenaga dari generator disel. Ia memastikan pam berkuasa tinggi sentiasa beroperasi di tahap optimum ketika kecemasan.

Google ads
Back to top button