NISSAN MASUK ICU, VOLKSWAGEN PARAH. NETA DEMAM?
Keadaaan kewangan syarikat Nissan sebagai pengeluar kenderaan nampaknya menjadi semakin teruk dengan perkembangan terbaru dunia automotif yang semakin mencabar. Pasaran utama Nissan iaitu China bertambah teruk dengan saingan sengit jenama tempatan yang memberi fokus kepada kereta elektrik
Manakala bagi pasaran Amerika pula, Nissan gagal memberikan saingan kepada Toyota disebabkan kekurangan model dengan trenkuasa hibrid. Bukan tiada langsung, tetapi tidak cukup model untuk ditawarkan pada pasaran Amerika dengan sentimen berbelah bahagi pengguna Amerika yang berpatah balik dari model kereta elektrik kepada kereta trenkuasa hibrid.
Keadaan ini memaksa Nissan yang berada dalam pakatan strategik Nissan-Renault-Mitsubishi mengambil langkah yang cukup drastik. Antaranya ialah CEO Nissan Makoto Uchida terpaksa memotong gajinya sendiri sebanyak 50% dan mengurangkan kapasiti pengeluaran kilang Nissan sebanyak 20%
Langkah ini juga adalah selari dengan langkah penjimatan lain yang diambil oleh Nissan yang akan merangka dan merancang untuk mengurangkan tenaga kerja mereka sebanyak 9000 kakitangan di seluruh dunia berikutan pendapatan Nissan pada 6 bulan pertama tahun 2024 menguncup sebanyak 94%
Malah Nissan juga merancang untuk mendapatkan rezab tunai melalui penjualan pegangan saham di dalam Mitsubishi sebanyak 2.9 billion USD bagi menampung kos operasi selama 6 bulan. Malasalah kewangan yang terjadi pada Nissan sebenarnya turut dialami oleh kumpulan Volkswagen
Kongmolerat automotif ini mengalami kerugian sebanyak 3.1 billion USD dalam tempoh 9 bulan operasi pada tahun 2024. Sebagai perbandingan, nilai ini adalah penurunan pendapatan sebanyak 42%, kerugian yang dialami oleh Volkswagen berbanding tahun 2023
Jika anda rasakan yang isu ini hanya melibatkan syarikat automotif lama menghasilkan kereta dengan enjin sahaja, maka andasilap kerana masalah kewangan turut melibatkan Hozon Auto iaitu pemilik kepada jenama Neta. Berbeza dengan Volkswagen dan Nissan, jenama Neta tidak menjual kenderaan di Amerika dan hanya menjual kenderaan di pasaran membangun sahaja denan memberi tumpuan kepada kerta elektrik
Jika sebelum Neta memberi fokus kepada kereta elektrik ekonomi dan kompak, namun tindakan Neta memperkenalkan beberapa model baru yang lebih mewah bagi bersaing dengan kereta elektrik. Tindakan untuk membelanjakan duit dan mengharapkan jualan yang tinggi untuk membantu mereka balik modal dalam masa yang singkat nampaknya memakan diri.
Jualan yang perlahan iaitu sekitar 53,853 unit sahaja dalam tahun 2024 adalah terlalu rendah berbandng dengan target iaitu 200,000 unit. Keadaan ini diburukkan lagi dengan isu kualiti seperti yang dialami oleh model Neta S Hunting Estate dan juga kes kebakaran yang berlaku dalam negara
Pendek kata perniagaan jualan kereta sebenarnya amat mencabar kepada pengeluar kenderaan samaada anda adalah syarikat lama ataupun syarikat baru yang memberi fokus kepada kereta elektrik sahaja. Dalam kes Volkswagen dan Nissan , ia gagal bertindak dengan cepat dengan menawarkan model elektrik mampu milik bagi pasaran China
Nissan dan Volkswagen juga gagal menjangkakan peningkatan permintaan kereta hibrid bagi pasaran Amerika. Namun dalam dunia teknologi automotif, yang digabungkan dengan kebangkitan teknologi elektrik serta kepandaian buatan (AI) perubahan teknolgi berlaku dengan terlalu cepat sehingga kita sukar untuk menentukan apakah langkah yang paling efektif untuk terus relevan dalam perniagaan