Artikel PilihanBuletin

RUPA-RUPANYA KERETA PUN ADA KEMBAR. TAPI TAK SEIRAS

Kembar tapi tak seiras, mungkin inilah ayat yang sesuai untuk digunakan bagi menggambarkan persamaan antara kereta-kereta yang menggunakan platform yang sama tapi rekaan luar yang berbeza. Kita bukan bercakap berkenaan Saga menggunakan platform Savvy, Bezza menggunakan platform Axia atau Vios dijadikan Yaris

Ini adalah contoh kejuruteraan platform dalam teknologi automotif, di mana kereta berlainan kategori boleh dihasilkan dari platform yang sama.

1. Mitsubishi Evolution / Dodge Journey

Semua orang kenal dengan Mitsubishi Evolution tapi tak semua orang tahu Mitsubishi pernah bekerjasama dengan Chrysler dalam menghasilkan Diamond Star Motor. Dalam kerjasama ini mereka pernah berkongsi platform Lancer Evolution bagi menghasilkan sebuah SUV iaitu Dodge Journey

Pelik kan sebab Mitsubishi Lancer Evolution ini ialah super sedan yang digunakan dalam perlumbaan rali tapi platform dia telah digunakan untuk menghasilkan SUV dengan 7 tempat duduk. Platform GS dari Mitsubishi ini juga turut digunakan untuk menghasilkan model Jeep Patriot, Jeep Compass, dan Dodge Avenger

2. Lamborghini Urus/Audi A4

Lamborghini dan Audi berada di bawah naungan syarikat yang sama iaitu Volkswagen. Jadi bila Lamborghini perlukan platform untuk menghasilkan sebuah SUV super, maka mereka berkongsi platform yang sama iaitu MLB EVO yang digunakan oleh Audi untuk menghasilkan sedan Audi A4

Lamborghini urus menggunakan platform ini untuk menghasilkan model Urus yang menggunakan enjin Audi 4000cc turbo berkembar V8 bagi menghasilkan 641 kuasa kuda, manakala Audi A4 mengguakan enjin 2000cc turbo yang menghasilkan 201 kuasa kuda. Tapi tahukah anda kebanyakan model Lamborghini menggunakan platform dari Audi

3. Jeep Grand Cherokee/Mercedes-Benz M-Class

Tahukah anda dari tahun 2011 sampai ke 2021, Jeep Grand Cherokee WK2 sebenarnya diambil dan diubahsuai dari platform Mercedes Benz M-Class dan platform GLE-Class W166. Jeep perlukan satu cesi yang selesa dan pada masa yang sama sangat lasak untuk semua permukaan jalan

4. BMW 7 Series/Rolls-Royce Ghost

Untuk pengetahuan anda, BMW merupakan pemilik jenama kereta mewah dari British iaitu Rolls Royce. Jadi tak hairanlah kalau anda masuk dalam model RR Ghost anda akan dapati ia memiliki ciri iDrive yang sama dari BMW. Malah model Ghost, Dawn dan Wraith menggunakan platform BMW F01 7 Series yang sama

Dari aspek teknikal, Ghost menggunakan sehingga 20% komponen daripada BMW 7 Series dan baki 80% adalah eksklusif Rolls Royce namun dengan tambahan harga sebanyak sehingga 200,000 USD. Bermula tahun 2020, Ghost mula menggunakan platform sendiri namun model Wraith dan Dawn kekal menggunakan plaatform BMW

5. Audi TT RS/Volkswagen Atlas

Mesti anda pening, macam mana cesi kereta sport 2 pintu boleh digunakan untuk menghasilkan SUV. Tapi itulah kelebihan platform MQB yang digunakan oleh Volkswagen, ia boleh digunakan untuk menghasilkan kereta sport 394 kuasa kuda dan sistem AWD pada Audi TT

Ia juga digunakan oleh Volkswagen untuk menghasilkan SUV Atlas yang popular di pasaran Amerika dengan pilihan enjin 2000cc turbo ataupun V6, 3 baris tempat duduk dengan kapasiti 7 penumpang. Pelik kan.

6. Alfa Romeo MiTo/Ram ProMaster City

Small Common Components & Systems platform dibangunkan oleh Fiat bagi menghasilkan banyak model dan Fiat ini berada dalam kumpulan Stellantis. Platform ini digunakan untuk model Alfa Romeo MiTo dengan rekaan 3 pintu, comel dan kecil sesuai untuk jalan sempit di Eropah

Bagi kegunaan komersial, platform ini digunakan untuk menghasilkan Fiat Doblo Panel iaitu van panel sesuai sebagai kenderaan pengangkutan kecil dengan rekaan panel pintu. Bagi versi Amerika ia dijenamakan sebagai Ram ProMaster City, langjah yang diambil untuk mengelakkan cukai yang mahal

7. Nissan 370Z/Infiniti QX70

Nissan 370Z ini adalah kereta sport yang sudah lama sangat berada di pasaran, dan model baru akan dihasilkan tak lama lagi. Model 370Z ini menggunakan Nissan Front Midship Platform dan ia turut digunakan oleh subsidiari mewah Nissan iaitu Infiniti bagi menghasilkan SUV QX70. Ia adalah SUV mewah tapi menggunakan enjin 3700cc yang sama dengan model 370Z

8. Honda Pilot/Honda Ridgeline

Honda Pilot ini adalah SUV dengan 3 bari tempat duduk serta berkapasiti 8 penumpang yang sangat sesuai untuk keluarga yang basar. Honda menghasilkan Pilot dengan menggunakan global light truck platform. Bagi menghasilkan model pikap Ridgeline, platform ini dipanjangkan dan diperkuatkan

Platform Ridgeline memiliki 17% lebih kekuatan di bahagian depan, 31% lebih di bahagian belakang serta 28% torsional rigidity. Ini kerana sebagai sebuah pikap trak, ia amat sesuai untuk mengangkat beban, menarik beban dan melalui jalan offroad.

Tahukah anda Honda Ridgeline adalah satu-satunya pikap dengan cesi monocoqoue di dunia? Tapi kalau masuk Malaysia orang panggil Hailak atau Storm jugak kan. Sebab tue Honda merajuk tak nak bawak masuk. Sebenarnya pembangunan platform ini makan modal yang besar, jadi nak meminimakan modal pengeluar kena pastikan platform ini fleksibel.

Google ads
Back to top button