Buletin

HAMILTON DIJANGKA KEKAL BERSAMA MERCEDES. TAPI GAJI KURANG RM57 JUTA

Lewis Hamilton dijangka menandatangani kontrak baharu dengan Mercedes tidak lama lagi selepas ketuanya Toto Wolff menyatakan mereka kini pada fasa akhir rundingan.

Hamilton mengikat kontrak 10 bulan awal tahun ini dengan bayaran £40 juta (RM230 juta) setahun dengan kontrak baharunya dijangka berkurangan kepada £30 juta (RM172.5 juta) setahun.

Juara dunia itu mengesahkan perbincangan positif mengenai masa depannya bersama pasukan itu apabila ditanya SunSport minggu lalu mengenai rundingan dengan Wolff berkaitan perjanjian baharu yang dipercayai kontrak dua tahun.

Ketika ditemui media Jerman Bild, Wolff mendedahkan mereka semakin hampir mencapai persetujuan.

Katanya: “Kami mempunyai hubungan rapat dan kami berbual ketika dalam perjalanan atau di atas litar. Sudah tentu ia juga menyentuh perjanjian mengenai masa depannya bersama kami.

”Jika saya katakan kontrak itu sudah ditandatangani adalah tidak tepat. Tetapi rundingan kami lebih ke arah itu.

“Sekarang di fasa penting. Saya fikir kami makin hampir mencapai persetujuan daripada perpisahan kerana kami turut bersetuju adalah lebik baik tidak berunding sehingga Februari.” – HM

Google ads
Back to top button