
SAIC MOTOR MALAYSIA LANTIK EMORY QIFENG SEBAGAI PENGARAH URUSAN BAHARU
SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. baru-baru ini mengumumkan pelantikan Emory QiFeng sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat tersebut.
Emory Qi, yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif global, kini akan memimpin syarikat itu ketika ia terus mengembangkan kehadirannya di pasaran Malaysia.
Sejak memulakan kerjaya pada tahun 1998, Emory Qi telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam SAIC-Volkswagen Sales Co., Ltd., di mana beliau cemerlang dalam bidang Perancangan dan Pembangunan Rangkaian serta Strategi Selepas Jualan.
Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai Pengarah Perniagaan Global di SAIC Motor International Co., Ltd., menyumbang kepada strategi pertumbuhan antarabangsa jenama tersebut.

Pada tahun 2024, Emory Qi menyertai SAIC Motor Malaysia sebagai Ketua Pegawai Operasi, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan, di mana beliau akan mengawasi semua aspek operasi syarikat, termasuk jualan, pemasaran, serta strategi produk.
Mengenai pelantikannya, Emory Qi berkata, “Ia merupakan satu penghormatan untuk memegang peranan ini di SAIC Motor Malaysia pada waktu yang sangat menarik buat syarikat.”
“Fokus saya adalah untuk meneruskan momentum yang telah dibina di pasaran ini, mengembangkan penawaran produk, dan memberikan pengalaman pelanggan yang unggul,” tambahnya.
SAIC Motor Malaysia juga menjanjikan pengalaman pemanduan menyeronokkan dan prestasi luar biasa melalui jenama MG, yang terkenal dengan daya tarikan serta inovasi teknologi.
Orang ramai boleh menantikan pengumuman lanjut mengenai tarikh pelancaran dan peluang eksklusif untuk memandu uji model MG.
- BACA: AVATR 011 DILANCARKAN DI THAILAND – DUA VARIAN, JARAK GERAK 680KM, HARGA BERMULA RM268K
- BACA: MEKANIK DARI NERAKA SIMPAN KERETA PELANGGAN LEBIH 11 TAHUN DAN PULANGKAN BALIK TANPA ENJIN
- BACA: HUSQVARNA VITPILEN 801 DIRASMIKAN – ENJIN KTM LC8C 799CC, 105HP
- BACA: TOYOTA TAMBAH RM2.1B DALAM JOBY, BANTU PENGELUARAN TEKSI UDARA


