
TEMPAHAN ZEEKR X KINI DIBUKA: DUA VARIAN, JARAK GERAK 440KM, ANGGARAN HARGA BERMULA RM180K
Tempahan bagi model Zeekr X secara rasmi dibuka, ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD, dengan yuran tempahan RM2,000.
Zeekr X dibina menggunakan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1.
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,432mm, lebar 1,836mm, tinggi 1,566mm dan jarak roda 2,750mm.

Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu;
- Crystal White
- Mist Grey
- Grid Grey
- Palace Beige
- Pine Green
Ruang kabin pula tersedia dalam warna Charcoal Black serta Stone Grey.
Dari segi kuasa, varian Premium dijana oleh motor elektrik pacuan roda belakang, menghamburkan kuasa 268hp dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat.

Sementara versi Flagship AWD pula didatangkan dengan dua motor elektrik, menghasilkan 422hp, dengan pecutan 0-100 km/j hanya menelan masa 3.8 saat.
Pek bateri 66 kWh didatangkan secara standard, menawarkan jarak gerak sejauh 440km dan menyokong pengecasan pantas DC 150kW, mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.
Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi ADAS, merangkumi;
- Kawalan jelajah adaptif (ACC)
- Penukaran lorong automatik (ALC)
- Kawalan pengekalan tengah lorong (LCC)
- Bantuan kekal lorong (LKA)
- Sokongan mitigasi pelanggaran hadapan (CMSF) dan belakang (CMSR)
- Bantuan pengelakan lintasan trafik depan (FCTA) dan belakang (RCTA)
- Tujuh beg udara, sistem kamera 360 darjah
- Peranti perakam video pemanduan (DVR)
Beralih pada harga, Zeekr X boleh dimiliki dengan anggaran harga bermula RM180,000.
- BACA: AVATR 011 DILANCARKAN DI THAILAND – DUA VARIAN, JARAK GERAK 680KM, HARGA BERMULA RM268K
- BACA: MEKANIK DARI NERAKA SIMPAN KERETA PELANGGAN LEBIH 11 TAHUN DAN PULANGKAN BALIK TANPA ENJIN
- BACA: HUSQVARNA VITPILEN 801 DIRASMIKAN – ENJIN KTM LC8C 799CC, 105HP
- BACA: TOYOTA TAMBAH RM2.1B DALAM JOBY, BANTU PENGELUARAN TEKSI UDARA








