
ZEEKR 009 DIPAMERKAN DI SUNWAY PINNACLE: DUA VARIAN; LUXURY DAN ULTRA LUXURY, HARGA BAWAH RM370K
Selain Zeekr X, turut dipamerkan di Sunway Pinnacle adalah sebuah MPV mewah baharu, Zeekr 009 yang didatangkan dalam dua varian untuk pasaran tempatan.
Dua varian ditawarkan adalah Luxury dan Ultra Luxury dengan anggaran harga bawah RM370,000.
Zeekr 009 dibina berdasarkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely dan mempunyai ukuran 5,209mm (panjang), 2,024mm (lebar), 1,856mm (tinggi) dan jarak roda 3,205mm.

Varian Luxury didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, sementara varian Ultra Luxury enam tempat duduk.
Zeekr 009 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu;
- Phantom Black
- Electric Blue
- Crystal White Pearl
Bagi dalam kabin, ia tiba dengan pilihan tema warna hitam, Stone Grey dan Polar White atau Midnight Blue dan Polar White.

Di dalam kabin, ia dilengkapi meter kluster 10.25-inci, skrin infotainment 15.05-inci, paparan head up realiti terimbuh (AR) 35.95-inci dan skrin bumbung OLED 17-inci.
Perincian lain termasuklah sistem audio Yamaha 30 pembesar suara, pengecasan peranti pintar tanpa wayar 50W, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta sembilan port USB-C.
Bukan itu sahaja, tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan turut diberikan larasan 12 tahap bersama fungsi urut, pengudaraaan serta memori.
Penumpang baris kedua pula tersedia dengan tempat duduk Sofaro First Class Aeronautics dengan fungsi Ultra Long Electric Slide Rail, tempat rehat kaki boleh dilaras, pengudaraan, urut dan memori.

Zeekr 009 dijana oleh motor elektrik berkembar berkuasa 603hp dan 693Nm yang memacu semua roda (AWD) – pecutan 0-100 km/j hanya dalam 4.5 saat.
Menerusi pek bateri 116kWh, ia memberikan jarak gerak sehingga 582km dan menyokong pengecasan pantas DC 150kW.
Kelengkapan lain disertakan pada Zeekr 009 adalah seperti berikut:
- Sistem gantungan jenis double-wishbone multilink
- Suspensi udara elektromagnetik
- Fungsi pengimbangan automatik
- Unit pencahayaan LED matriks dengan fungsi suluhan pemanduan adaptif (ADB)
- Pencahayaan zon pintar
Ia turut dilengkapi sistem ADAS merangkumi;
- Kawalan pengekalan tengah lorong (LCC)
- Kawalan jelajah adaptif (ACC)
- Sokongan mitigasi pelanggaran hadapan (CMSF) dan belakang (CMSR)
- Sistem pengelakan lorong
- Pengesanan titik buta (BSD)
- Amaran bukaan pintu
- Sistem pemantauan prestasi pemandu (DPM)
Seperti dinyatakan di atas, Zeekr 009 boleh dimiliki pada harga dibawah RM370,000.
GALERI:
























- BACA: ZEEKR X DIDEDAHKAN DI MALAYSIA – DUA VARIAN; PREMIUM DAN FLAGSHIP AWD, HARGA BAWAH RM180K
- BACA: SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG
- BACA: INOVASI HONDA: ERA EV DENGAN CIRI DERUMAN ENJIN MODEL IKONIK
- BACA: JUAL KERETA JADI DRAMA: GAJI RM3K, SELERA NAK MILIKI MERCEDES RM300K