Artikel PilihanBuletin

SAKSIKAN FERRARI F355 GTB HANGUS TERBAKAR SEWAKTU SESI PANDU UJI – INI SEMUA CUBAAN

Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang lelaki bernama Tarek Salah yang terbang dari California ke Marseilles, Perancis untuk menguji pandu sebuah Ferrari 355 GTB 1994 sebelum membelinya. 355 GTB merupakan antara Ferrari terbaik pernah dihasilkan sebelum segala teknologi bantuan pemanduan berasaskan komputer disumbat masuk ke dalam kereta-kereta moden.

Video Salah memang sangat menarik dengan paparan dalaman kereta yang terjaga rapi dan pandu uji berlangsung di kawasan luar bandar Perancis yang sangat cantik. Cuaca cantik deruman enjin V8 3.5L V8 merupakan impian setiap penggemar kereta di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan adik-adik warga tiktok, enjin V8 Ferrari ni cuma menghasilkan 375 hp kuasa pada 8,250 rpm. Ia membolehkan pecutan 0-100 km/j dihasilkan dalam masa 4.5 saat. Lebih perlahan berbanding model hot hatch moden tetapi deruman ataupun jeritan dari enjin V8 Ferrari ini memang sangat lain. “More than you can afford it pal!

Sewaktu di atas lebuh raya, Salah dan pemiliknya terhidu bau petrol tetapi menyangkakan yang sistem pam bahan api bermasalah (biasa bagi model eksotik generasi lama). beberapa minit selepas itu, 355 itu mula terbakar dan malangnya tiada pemadam api dibekalkan dalam kereta tersebut.

Kalau ada pun rasanya, tak berapa berguna kerana kereta tersebut terus hangus terbakar dalam masa beberapa minit sahaja. Sebaik menyedari tentang bau petrol tersebut Salah dan pemiliknya memang dalam perjalanan ke bengkel mekanik tapi nasib tidak menyebelahi mereka. Salah timing kot ni abang Salah.

Nampaknya abang Salah kita kena cari 355 lain la lepas ni. Nasib baik tak terbeli lagi kalau tak memang menangis tak berlagu la abang Salah kita. Hish asyik ulang salah je ni, pening aku.

Google ads
Back to top button