Buletin

KERETA LANGGAR POKOK DI CYBERJAYA. SEORANG RENTUNG, 3 LAGI CEDERA RINGAN

Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi rakannya cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas, sebelum terbakar di Kilometer 19.5, Lebuhraya Elite, Cyberjaya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.19 pagi ini.

Berdasarkan laporan awal, sebuah Naza Citra yang dinaiki empat lelaki berusia 20-an terbabas melanggar pokok dan kemudiannya terbakar.

“Lelaki yang memandu kenderaan berkenaan didapati rentung di dalam kereta akibat kebakaran. Sementara tiga lagi mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan dan menjalani proses bedah siasat.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Astro Awani

Google ads
Back to top button