
80 KOLEKSI KENDERAAN TERMASUK KERETA MISTERI BERNILAI RM16 JUTA RENTUNG
Dua bangunan di kawasan luar bandar berdekatan Over Peover, Cheshire, England yang dijadikan tempat penyimpanan kira-kira 80 koleksi kenderaan rentung dijilat api.
Menurut Daily Mail, bangunan terbabit dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan eksotik dan rare termasuk Ferrari serta Porsche.
Ia turut melaporkan, salah satu kenderaan yang musnah merupakan jentera misteri bernilai AS$4.05 juta (RM 16.34 juta).
Pihak berkuasa percaya dua bangunan yang terletak di Chelford Lane itu terbakar akibat perbuatan khianat dan sisatan sedang dilakukan.

Sebanyak enam jentera Bomba dan Penyelamat Chesfire dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran pada malam 14 Disember lalu.
Jurucakap Polis Cheshire berkata kejadian berlaku pada pukul kira-kira 10.17 malam.
“Pihak polis masih menjalankan siasatan bersama Bomba mencari punca kebakaran. Begitupun, kebakaran dipercayai dilakukan dengan sengaja,” katanya-agensi
- BACA: JENTERA TERPUTUS DUA, TERBAKAR DI GP BAHRAIN. GROSJEAN SELAMAT
- BACA: FERRARI SPIDER SEWA TERBALIK, TERBAKAR!!!
- BACA: REV ENJIN SAMPAI EKZOS BERAPI, NISSAN GT-R INI AKHIRNYA TERBAKAR. NASIB BAIK RAMAI TOLONG PADAMKAN API
- BACA: 8 UNIT TESLA DI SWEDEN HANGUS TERBAKAR ANGKARA KHIANAT. KERUGIAN LEBIH RM2 JUTA