Buletin

SALADIN MAZLAN AKAN KEMBALI SEMULA KE PENTAS RALI ANTARABANGSA

Setelah sekian lamanya Saladin Mazlan menyepi dalam pentas rali antarabangsa, akhinya kini beliau akan kembali ke perlumbaan rali antarabangsa selepas 12 tahun tidak beraksi .

Sebelum ini Saladin Mazlan membuat kejutan apabila turut hadir menyertai KBS Rally Sprint di Litar Sepang tahun lepas dengan memandu kereta rali Deus dan berjaya memenanginya. Kini Saladin Mazlan akan kembali ke perlumbaan rali antarabangsa pada 22 hingga 23 Julai ini di Kejohanan Rali RAAT Thailand.

Perlumbaan rali pusingan 3 Thailand Rally Championship (TRC) akan diadakan di Wilayah Lopburi, Utara Bangkok akan menjadi acara pertama buat Saladin daripada banyak acara yang dirancang pada tahun-tahun akan mendatang.

Akan menggnakan Subaru Impreza GC8 yang disediakan oleh Secret Service Garage (SSG), Saladin akan menyertai perlumbaan tersebut bersama  Juruarah dari Thailand, IttIpon Simaraks. Saladin menyasarkan untuk meraih kemenangan keseluruhan untuk perlumbaan rali tersebut.

Turut ikut serta dalam perlumbaan di Thailand itu nanti adalah anak lelakinya Ibrahim Saladin yang berusia 22 tahun. Membuat penampilan antarabangsa kedua, Ibrahim akan memandu Proton Satria Neo 1.6 dan bersama Juruarah  Arish Qutb. Ironinya Arish Qutb adalah mantan Juruarah buat Saladin sendiri.

Gandingan mantap diantara anak muda yang penuh dengan keghairahan kelajuan serta seorang lagi yang cukup berpengalaman pastinya menjadi resepi kejayaan terbaik untuk pertama kali bergandingan. Tambahan pula beraksi bersama sebuah kereta rali yang tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kelincahan dan ketangkasan sudah tentu akan dapat memberikan saingan sengit kepada para pemandu yang lain dalam kelas 1.6 nanti.

Gandingan Ibrahim / Arish telah pun membuat persiapan rapi ketika Rally Shakedown di Tanamera tempohari dengan menguji Proton Satria Neo 1.6.

Malah kedua mereka, Saladin dan Ibrahim dilihat tidak langsung kelihatan perlahan, dan malah cukup laju ketika meratah selekoh Tanamera dengan mudah walaupun mungkin Saladin sudah lama tidak beraksi di pentas rali secara kompetetif. Begitu juga dengan Ibrahim sendiri dilihat cepat menyesuaikan diri dan dapat membuat tetapan yang diperlukan untuk beraksi di Lopburi minggu hadapan.

Semoga kejayaan diperoleh buat keduanya. Ayuh harumkan nama Malaysia di bumi Thailand.

BACA : KBS RALLY SPRINT RD 1 – SALADIN MAZLAN MENANG DENGAN BERGAYA

BACA : RALLY SHAKEDOWN 2023 DI TANAMERA. TAKKAN NAK SHAKEDOWN AJA. AJOOM LAH KITA KE THAILAND

Google ads

B K

Back to top button