Buletin

WRC 2023 – KALLE ROVANPERA MENANG DI GREECE. SEMAKIN HAMPIR MUNCUL JUARA WRC BUAT KALI KEDUA

Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanpera berjaya muncul sebagai pemenang di EKO Acropolis Rally Greece, suatu perlumbaan yang cukup penuh dengan drama sementelah dua pemandu utama, Thierry Neuville dan Sebastian Ogier terpaksa akur untuk menarik diri daripada saingan.

Perlumbaan di EKO Acropolis Rally Greece cukup mencabar dengan hujan lebat membasahi bumi mengakibatkan laluan menjadi berlumpur dan menyukarkan ketika recce dimulakan pada hari Khamis. Namun saingan bertukar menjadi lebih mencabar pada hari Jumaat apabila cuaca berubah menjadi panas dan batu batu mula menjadi halangan utama yang perlu ditempuh untuk perlumbaan ke 10 dalam kalendar FIA World Rally Championship (WRC) musim ini.

Ketika Thierry Neuville mendahului, beliau pula terlanggar lubang pada laluan hingga merosakkan sistem suspensi bahagian hadapan. Begitu juga dengan Sebastian Ogier yang turut mengalami nasib malang apabila terlanggar batu dan menyebabkan sistem suspensi bahagian belakang rosak teruk.

Dan akhirnya Kalle Rovanpera mengambil kesempatan atas dua nasib malang pemandu tersebut untuk terus memimpin senarai pemandu sekali gus muncul sebagai pemenang. Dengan kemenangan ini, peluang untuk Kalle Rovanpera muncul sebagai juara WRC buat kali kedua berturut – turut semakin cerah.

Malah ketika saingan hari terakhir, Kalle Rovanpera seakan tidak mahu berfoya foya dan terus memandu laju bagi mengutip mata maksimum ketika Wolf Power Stage. Beliau berjaya mengatasi rakan sepasukan Elfyn Evans di tempat kedua dengan ketinggalan 1 mini 31.7 saat sekali gus meninggalkan pemandu Wales tersebut dengan kelebihan 33 mata.

Elfyn Evans sempat mengalami masalah suhu melampau pada enjin dan ketinggalan satu minit di belakang Dani Sordo namun berjaya mengatasi pemandu pasukan Hyundai Motorsport tersebut di saat akhir. Akhirnya Elfyn Evans berjaya mengatasi dengan hanya kelebihan 4.2 saat sahaja.

Tempat keempat pula menjadi milik Ott Tanak, yang pastinya cukup lega dengan keputusan ini sementelah gagal menamatkan akhir perlumbaan akhir akhir ini. Pun sebenarnya beliau sempat mengalami masalah kegagalan water pump dan dikenalan penalti 3 minit 40 saat untuk memperbaikinya. Beliau terpaksa keluar lewat berlumba ketika saingan hari Jumaat.

Namun Ott Tanak tampak berjaya mengatasi situasi tersebut dan berjaya menduduki tempat keempat. Jika tidak sudah pastinya podium menjadi milik beliau. Tempat kelima keseluruhan pula menjadi milik Esapekka Lappi diekori oleh Takamoto Katsuta di tempat keenam.

BACA : WRC 2023 – ELFYN EVANS MENANG DI SECTO RALLY FINLAND YANG PENUH DENGAN DRAMA

BACA : WRC 2022 – THIERRY NEUVILLE & HYUNDAI CEMERLANG DI RALLY GREECE

Google ads

B K

Back to top button