Peranti

SAMSUNG GALAXY NOTE8 DILANCARKAN SECARA RASMI DI MALAYSIA!

Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar yang sangat ditunggu-tunggu, Samsung Galaxy Note8 dalam satu majlis yang sangat meriah di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. 

Penampilan istimewa bintang Running Man Korea, Song Ji-Hyo menarik perhatian para tetamu jemputan. Ji-Hyo turut menunjukkan satu bentuk komunikasi baharu menggunakan ciri S Pen terkini Galaxy Note8, Live Message.

Paparan Infinity

Galaxy Note8 mempunyai paparan paling besar pernah dilihat pada Note. Namun rekaan nipis menjadikannya ia lebih selesa untuk dipegang dengan sebelah tangan. Paparan Infinity 6.3 inci Quad HD+ Super AMOLED membolehkan anda melihat lebih lagi tanpa perlu menatal (scroll) dengan lebih kerap. 

Pengguna berupaya melakukan banyak perkara dengan Multi Window. Ciri App Pair membolehkan anda mewujudkan dua aplikasi pada panel Edge dan melancarkanya secara serentak.

Jadi, anda kini boleh menonton video semasa menghantar mesej kepada rakan. Anda juga boleh mengadakan persidangan maya tanpa perlu menutup agenda yang terpapar di skrin. 

Cara baru berkomuniksi dengan S Pen

S Pen yang telah dipertingkatkan memberi pengalaman baharu untuk menulis, melukis dan berinteraksi.

Live Message membolehkan anda berkongsi personaliti unik dan menceritakan kisah-kisah dengan lebih bergaya. Anda kini boleh berkongsi teks animasi GIF (AGIF) untuk menambah keceriaan dalam setiap mesej yang dihantar. 

Ciri Always On Display membolehkan pengguna sentiasa peka dengan notifikasi tanpa perlu membuka telefon mereka. Memo Paparan Tutup membolehkan anda menyimpan sehingga 100 halaman nota sebaik sahaja anda mengalihkan S Pen, serta meletakkan nota ke Always On Display dan menyunting terus di situ. 

Untuk memudahkan perjalanan di luar negara atau terjumpa laman web berbahasa asing, ciri S Pen Translate yang dikemaskini membolehkan anda menterjemahkan teks dengan pantas. Bukan sahaja untuk perkataan individu, malah keseluruhan perenggan sehingga 71 bahasa. Dengan sekelip mata, ia juga mampu menukar unit-unit kiraan dan mata wang asing.

Gambar Lebih Baik 

Galaxy Note8 dilengkapi dua kamera belakang 12MP dengan Optical Image Stabilization (OIS) pada kedua-dua lensa luas dan lensa telefoto.

Untuk merakam gambar dengan lebih efektif, ciri Live Focus Galaxy Note8 membolehkan anda mengawal depth of field dengan memberi anda peluang untuk menyusun kesan “bokeh” di dalam mod prebiu atau selepas merakam gambar.

Dalam mod Dual Capture, kedua-dua kamera belakang merakam dua gambar serentak. Ini membolehkan anda menyimpan kedua-dua imej. Sama ada gambar rakam sudut dekat daripada lensa telefoto atau gambar rakam sudut luas yang menunjukkan keseluruhan latar belakang.

Lensa sudut luas mempunyai pengimbas Dual Pixel beserta Auto Focus, supaya anda boleh merakam gambar dengan lebih jelas walaupun berada dalam persekitaran yang malap. 

Galaxy Note8 juga dilengkapi kamera hadapan 8MP Smart Auto Focus untuk swafoto dan perbualan video yang lebih jelas.

Ciri-ciri Galaxy

Galaxy Note8 dibina di atas legasi Galaxy—satu himpunan ciri-ciri unik yang secara tidak langsung telah memberikan definisi baru di dalam industri telefon pintar.

  • Kalis Air dan Habuk: Kini, anda boleh membawa Note ke mana sahaja dengan kelebihan kalis air serta habuk (IP684) yang terdapat pada peranti dan S Pen. Anda masih boleh menulis walaupun di atas paparan yang basah. 
  • Pengecasan Tanpa Wayar Pantas: Galaxy Note8 menyokong keupayaan mengecas tanpa wayar paling canggih, supaya anda boleh mengecas secara pantas dan mudah tanpa perlu memikirkan tentang port ataupun wayar.
  • Keselamatan: Galaxy Note8 menawarkan pilihan pengesahan biometrik – termasuk imbasan iris dan cap jari. Samsung Knox menyediakan keselamatan gred pertahanan pada lapisan perisian. Dengan Secure Folder, memisahkan data peribadi dan profesional. 
  • Prestasi: Dengan 6GB RAM, pemprosesan 10nm dan memori besar (sehingga 256GB), anda kini dapat melayar, bermain permainan video dan melaksanakan pelbagai tugasan untuk masa yang lebih panjang
  • Pengalaman Mobiliti: Samsung DeX memberikan pengalaman komputer meja, yang dijana oleh telefon anda. Anda boleh menyimpan fail pada peranti, melakukan tugas semasa bergerak dan menggunakan Samsung DeX apabila anda memerlukan paparan lebih besar. Galaxy Note8 juga merangkumi Bixby, sebuah applikasi pintar yang dapat membantu anda melaksanakan lebih banyak tugasan.

Galaxy Note8 boleh diperolehi di Malaysia bermula 21 September 2017. Ditawarkan pada harga runcit RM3,999 (termasuk GST), Galaxy Note8 boleh didapati dalam tiga pilihan warna – Midnight Black, Orchid Gra danMaple Gold.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Note8,  sila lawati laman web http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note8/.  

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button