Buletin

TAHUKAH ANDA KIA DAN VOLVO PALING BOLEH DIHARAP, BMW DAN AUDI PULA DI BAWAH – J.D. POWER UK 2017

J.D Power pada 20 September lepas telah mengumumkan hasil dapatan daripada Kajian Kebolehpercayaan Kenderaan UK 2017 (J.D. Power 2017 UK Vehicle Dependability Study,SM )

Kajian tersebut yang kini memasuki tahun ketiga menilai masalah dihadapi pemilik dalam tempoh 12 bulan lalu di UK selepas 12 hingga 36 bulan mereka memiliki kenderaan masing-masing. Dapatan kajian diperolehi dari lebih 12 ribu pemilik yang mendaftar kenderaan baharu mereka di antara bulan Februari 2014 sehingga bulan April 2016.

Kajian itu pula dilakukan di antara bulan Februari sehingga bulan April 2017.

Dapatan kajian menunjukkan trend yang menarik apabila pengeluar kereta umum iaitu Kia berkongsi kedudukan dengan pengeluar kereta premium Volvo dengan 83 masalah untuk setiap 100 unit (83 PP100). Škoda pula di tempat ketiga dengan 89 PP100 manakala Suzuki di tempat keempat dengan 89 PP100.

Selain itu, jenama yang paling banyak masalah untuk setiap 100 unit ialah BMW dengan 198 PP100, kedua ialah Audi dengan 187 PP100 dan ketiga ialah Land Rover dengan 175 PP100.

Di bawah ialah informasi lanjut tentang kajian ini:

Perkara yang diukur

  • Menilai 177 simptom masalah dalam lapan kategori seperti luaran kenderaan, pengalaman pemanduan, kelengkapan/alat kawalan/paparan (FCD), audio/komunikasi/hiburan/navigasi (ACEN), kerusi, pemanasan, ventilasi dan penyaman udara (HVAC), interior kenderaan, enjin dan transmisi
  • Tahap kebolehpercayaan diukur melalui jumlah masalah yang dihadapi untuk setiap 100 unit kenderaan (PP100). Lebih rendah markah, lebih berkualiti kenderaan tersebut.

Dapatan kajian

  • Masalah kecil seperti cermin berkabus, brek bising atau sistem navigasi yang sukar digunakan boleh menyebabkan pemilik sangat kecewa dan akan memberi kesan negatif pada kesetiaan jenama
  • Masalah yang disebabkan oleh rekabentuk ini bukan mudah untuk dibaiki semasa sesi penyelenggaraan dan jika pelanggan terpaksa menghadapinya sepanjang tempoh pemilikan, kemungkinan tinggi mereka tidak akan membeli semula kenderaan jenama tersebut
  • Pemilik paling berpuas hati dengan luaran kenderaan – Walaupun kategori ini yang paling banyak masalah (20.6 PP100), ramai pemilik mengatakan mereka sangat berpuas hati dengan luaran kenderaan. Hampir 31 peratus pemilik mengatakan reka bentuk luaran adalah faktor utama mereka membuat keputusan pembelian
  • Penjimatan bahan api juga memainkan peranan penting – Selain itu, 50 peratus pemilik mengatakan mereka membeli kereta disebabkan faktor penjimatan minyak. Dapatan kajian di kalangan pemilik kenderaan premium menunjukkan kategori ini yang paling mereka tidak berpuas hati (742). Pemilik kereta umum juga menunjukkan kepuasan yang rendah
  • Teknologi – Masalah ini sudah menjadi kebiasaan selepas tiga tahun tempoh pemilikan. Telefon Bluetooth/kekerapan sambungan peranti/isu sambungan mencatat 3.0 PP100 manakala teknologi pengecaman suara yang gagal mengecam arahan mencatat 2.2 PP100
J.D. Power 2017 Vehicle Dependability Study. Sumber: J.D. Power

Berikut ialah kedudukan jenama sepuluh teratas dan sepuluh terbawah:

Sepuluh teratas / Paling kurang masalah dilaporkan:

  1. Kia 83 PP100
  2. Volvo 83 PP100
  3. Škoda
  4. Suzuki
  5. Hyundai
  6. Toyota
  7. Vauxhall
  8. Peugeot
  9. SEAT
  10. Mazda

Sepuluh terbawah / Paling banyak masalah dilaporkan

  1. BMW 198 PP100
  2. Audi
  3. Land Rover
  4. Fiat
  5. Dacia
  6. Citroén
  7. Mitsubishi
  8. Renault
  9. Honda
  10. Ford
J.D. Power 2017 Vehicle Dependability Study. Sumber: J.D. Power

BACA: TAHUKAH ANDA KUALITI KERETA JENAMA KIA LEBIH BAIK DARI PORSCHE?

BACA: INI KIA KEDUA PALING POPULAR DI AMERIKA? MACAM TAK PERCAYA

Google ads
Back to top button