Buletin

DUIT BUKAN SEGALANYA – TAPI DUIT BOLEH BELI MCLAREN DENGAN WARNA UNIK INI

Hujung minggu ini ada acara Pebble Beach Concours d’Elegance yang dianjurkan di Monterey, California. Ia adalah himpunan kereta sebelum dan selepas perang dan pertandingan diadakan bagi memilih kereta terbaik tahunan.

Hasil daripada penganjuran acara pula akan diderma untuk program kebajikan. Setakat ini, lebih dari USD 23 juta telah disumbangkan sejak ia mula dianjurkan.

Tahun ini pula ada sebuah kereta istimewa dihasilkan oleh McLaren Special Operations (MSO) iaitu bahagian tempahan khas buat pelanggan yang semestinya tidak mahu McLaren mereka sama dengan unit keluaran kilang lain. 

Keistimewaan McLaren 720S ini tampil unik dengan warna pilihan pemiliknya iaitu Michael Fux. 

Siapakah beliau?

Michael Fux ialah pengumpul kereta-kereta hebat unik dunia dan beliau juga memiliki beberapa buah McLaren tempahan khas. Di antara koleksi beliau ialah McLaren 12C berwarna McLaren Orange, 12C Spider dan McLaren P1™ yang kedua-duanya hadir dengan warna khas iaitu unggu dan hijau.

Koleksi terbaru beliau ini pula meneruskan tradisi warna unik. Menariknya warna yang dipilih menggunakan nama beliau sendiri iaitu Fux Fuchsia.

Warna tersebut dicipta khas untuk Fux oleh Rolls-Royce dan kemudian dibangunkan semula oleh MSO untuk kereta terbaru ini. Lebih mengujakan apabila Fux adalah pemegang hak eksklusif warna tersebut untuk kereta-kereta McLaren lain.

Jika diluar sudah unik, dalaman kereta pun sama. Dari alas kaki hinggalah kepada stereng kesemuanya berwarna putih kecuali beberapa tempat yang diselangi warna badan kereta.

BACA: SELAMAT MENYAMBUT HARIJADI KE 25 MCLAREN F1 – SUPERCAR SUPERSTAR

BACA: INILAH KEADAAN MCLAREN 570S SELEPAS KEMALANGAN, PEMANDU & PENUMPANG HANYA CEDERA RINGAN 

Berapakah harga kereta ini? MSO tidak mendedahkannya namun sebuah McLaren 720S spesifikasi mewah berharga dari GBP 218,020 atau bersamaan RM 1,198,736.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”7″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button