Buletin

SASARAN KENDERAAN ELEKTRIK 440,000 DI UK UNTUK 2025 – PAKAR

jualan kereta elektrik di UK dijangkakan meningkat kepada 440,000 pada 2025, mewakili 24% daripada jumlah jualan kereta baharu sebanyak 1.84 juta, menurut ramalan daripada syarikat pajakan EV terkemuka DriveElectric.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 4.4% berbanding jualan kereta elektrik yang menyamai 19.6% daripada jumlah pasaran kereta baharu pada 2024 (381,970 unit) – walaupun pendaftaran kereta elektrik baharu menyumbang 31.0% daripada pasaran pada Disember 2024 kerana pengeluar berhasrat untuk mencapai sasaran yang telah ditetapjan Kerajaan UK untuk Zero Emission Vehicle (ZEV).

Pertumbuhan berterusan dalam jualan kereta elektrik menunjukkan bahawa semakin ramai pengguna kenderaan memilih untuk menggunakan EV, tetapi jangkaan terkini kereta elektrik sebanyak 24% daripada jumlah jualan tahun ini bermakna sasaran asal untuk mandat ZEV 2025 sebanyak 28% tidak akan tercapai.

Ramalan jualan kereta elektrik DriveElectric 2025 akan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Khabar baik yang diterima termasuklah terdapat peningkatan bilangan EV baharu yang akan datang ke pasaran pada 2025, dengan model yang lebih kecil dan lebih mampu milik, termasuk pemain baharu dari China, serta pengurangan kos bateri dan lebih banyak EV ditawarkan pada aras harga dengan kereta petrol.

EV generasi terbaharu dengan mempunyai jarak pemanduan yang lebih jauh dan pengecasan yang lebih pantas, membantu memecahkan halangan kebimbangan jarak jauh yang telah disebut sebagai penghalang kepada penggunaan dan juga stigma tentang EV.

Malah, lokasi tempat pengecasan pantas dan ultra pantas semakin berkembang pesat sekali gus menghilangkan keraguan tentang pemilikan EV di masa hadapan.

Bagi menggalakkan syarikat perniagaan di sana beralih ke rangkaian armada EV, pemerintah di sana juga menawarkan insentif cukai yang lebih rendah.

Atas faktor ini, DriveElectric turut menjangkakan jumlah keseluruhan jualan kenderaan biasa juga akan sedikit menurun bagi membolehkan sasaran untuk jualan EV ini mampu dicapai.

DriveElectric ialah syarikat pemajakan kenderaan elektrik yang telah membantu organisasi dan individu menggunakan EV untuk menjimatkan wang, mengurangkan pelepasan dan beralih kepada tenaga rendah karbon sejak 2008.

BACA : INI FORMULA KERETA ELEKTRIK YANG MENARIK, BARU ORANG SUKA.

BACA : DS N°8 – KERETA ELEKTRIK YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 755 KM

Google ads

B K

"
"
Back to top button