
HILANG KAWALAN, KERETA DIPANDU WARGA EMAS REMPUH PREMIS STESEN MINYAK
Dinding kaca sebuah premis stesen minyak hancur pecah berderai akibat dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas di Bercham, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi itu membabitkan Perodua Myvi dipandu seorang pesara guru berusia 77 tahun.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta itu dipercayai hilang kawalan selepas melanggar bonggol yang menyebabkan pemandunya tertekan pedal minyak secara berlebihan.
“Ia menyebabkan kereta hilang kawalan itu merempuh ke dalam bangunan stesen minyak itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Namun, Abang Zainal Abidin berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala kereta terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan.
Katanya, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu. –Berita Harian
- BACA: SASARAN KENDERAAN ELEKTRIK 440,000 DI UK UNTUK 2025 – PAKAR
- BACA: HONDA PERKENALKAN REVOLUSI EV BAHARU – HONDA 0 SALOON DAN 0 SUV, LANCAR TAHUN 2026
- BACA: TC SUBARU TAWAR PROMOSI MENARIK SEMPENA TAHUN BAHARU CINA – PENJIMATAN SEHINGGA RM31K
- BACA: HONDA BAKAL GUNAKAN SISTEM PEMANDUAN PINTAR HUAWEI