Buletin

SATU TEMPAT DUDUK DAN TIADA GEAR UNDUR, PEEL P50 BERJAYA DILELONG PADA HARGA RM608K!

Sebuah kereta mikro dikenali sebagai Peel P50 yang dihasilkan pada tahun 1960-an berjaya dijual dalam satu lelongan pada harga £111,000 (RM608,185), lapor akhbar Daily Mail.

Kenderaan itu boleh dipandu sejauh 160km bagi setiap gelen minyak dengan kelajuan 61 km sejam. Kereta mikro Peel P50 hanya mempunyai satu ruang untuk pemandu dan tidak mampunyai gear undur. Jadi secara logiknya, pemandu perlu keluar dan menolak kereta itu ke belakang.

Model berwarna merah buatan tahun 1963 itu dianggap antara yang paling awal seumpamanya dikeluarkan, dan mungkin juga merupakan sebuah prototaip.

Platform lelongan online, Car and Classics memberitahu model kenderaan itu menjadi rebutan ketika sesi lelongan yang digambarkan seperti ‘peperangan’.

“Penampilannya yang padat dan imej ‘nakal’ yang diketengahkan menjadikannya pilihan menarik sebagai kereta untuk bersiar-siar di bandar.

“Sebahagian daripada tarikan lain adalah sejarahnya yang glamor dan ciri unik serta jarang dibina Ini menjadikan Peel P50 satu objek bidaan rebutan ramai sehingga mampu dilelong pada harga £111,000 (RM608,115),” kata jurucakap itu. – AGENSI 

Google ads
Back to top button