
MICHELIN PILOT SPORT 5 TIBA DI MALAYSIA. PILIHAN SAIZ 17 HINGGA 19 INCI, BERMULA RM700 SEUNIT
MICHELIN baru-baru ini melancarkan MICHELIN Pilot Sport 5 yang merupakan rangkaian tayar Pilot Sport berprestasi tinggi generasi kelima disasarkan untuk peminat kereta sport dan sedan berprestasi tinggi.
MICHELIN Pilot Sport 5 baharu boleh didapati bermula 4 April 2022 dalam 26 saiz daripada 17 hingga 19 inci di pusat pengedaran Michelin sah di seluruh negara. 21 lagi saiz bermula 17 hingga 21 inci akan ditawarkan menjelang akhir tahun ini.
Harga yang disyorkan bermula RM 700 hingga RM1,900 seunit.

Tayar itu dirumus agar dapat bertahan lebih lama, sekali gus membezakannya dengan jenama lain. Mengambil inspirasi daripada sukan bermotor, ia cukup sesuai untuk pemandu yang mahukan prestasi dan pemanduan sporty. MICHELIN Pilot Sport 5 juga memenangi Contemporary Good Design Award 2021.
Kelebihan utama MICHELIN Pilot Sport 5:
1) Cengkaman tayar yang berpanjangan. Tayar ini membekalkan keupayaan kawalan maksimum dengan cengkaman dan prestasi membrek yang cemerlang di atas jalan basah dan kering. Ini disumbang oleh teknologi bunga tayar sport dengan dua rekaan.
Teknologi itu menawarkan fungsi berbeza melalui rekaan asing pada sisi kiri dan kanan tayar. Sisi yang menghala ke dalam menampilkan alur bersaiz besar dan nisbah kosong yang tinggi untuk meningkatkan cengkaman di atas jalan basah,. Manakala sisi yang menghala ke luar dengan blok tegar pula menjamin cengkaman yang lebih baik di atas jalan kering.
Pugar alur (Groove Clear) yang mempamerkan alur serenjang bersaiz besar berfungsi untuk menghalakan air ke ruang saluran melintang yang direka untuk menyingkirkan air dengan efisien.

2) Kualiti pemanduan untuk jarak yang lebih jauh. Prestasi luar biasa tayar itu disumbang oleh teknologi Respons Dinamik yang menampilkan aramid hibrid dan sawat nilon untuk memberikan kualiti pengendalian optimum. Ciri MaxTouch Construction memaksimumkan kontak tayar di atas jalan raya.
Ia juga berfungsi mengagihkan tenaga pecutan, brek dan membelok dengan sekata. Ini membolehkan bunga tayar bertahan lebih lama tanpa mengabaikan aspek prestasi

3) Menyerlahkan gaya dan fungsi menerusi rekaan dinding disi bersentuhan premium untuk memberikan estetika yang kemas dalam warna matte hitam. Selain tekstur mikro persis velvet dan Wear2Check, iaitu indikator kehausan tayar yang mudah
untuk dilihat dan dibaca. Ia nyata memudahkan pengguna membuat pemantauan dan membantu mengoptimumkan hayat tayar.
Maklumat lanjut, sila layari https://www.MICHELIN.com.my/





