Buletin

SDAP PERKENALKAN PORSCHE CAYMAN GT4 CLUBSPORT

 

Pengedar rasmi kenderaan jenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini melancarkan Porsche Cayman GT4 Clubsport di Litar Sepang International Kart, Selangor.

Dibangunkan oleh pihak Porsche Motorsport, jentera versi perlumbaan itu dilengkapi enjin flat-six 3.8 liter. Berkuasa 385PS ia kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar bersama paddle shifter dan locking differential pada gandar belakang.

batch_porsche-cayman-gt4-clubsport-mekanika7

Suspensi hadapannya diambil daripada model 911 GT3 Cup yang bersaing dalam kejohanan Porsche one make di seluruh dunia.

Hanya seberat 1,300kg Cayman GT4 Clubsport dilengkapi kerangka keselamatan, tempat duduk bucket perlumbaan dan tali pinggang keledar enam point harness.  Tugas membrek diserahkan kepada brek cakera bersaiz 380mm pada keempat-empat roda.

batch_porsche-cayman-gt4-clubsport-mekanika1

“Cayman GT4 Clubsport merupakan jentera sukan bermotor yang sebenar. Ia merapatkan jurang di antara kereta yang sah dipandu di atas jalan raya dengan jentera perlumbaan GT3 Cup yang digunakan dalam perlumbaan peringkat entry level Porsche.

“Dengan kelayakan pemanduan dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, Cayman GT4 Clubsport memang popular dalam kalangan pelumba amatur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer.

batch_porsche-cayman-gt4-clubsport-mekanika5

Cayman GT4 Clubsport dijangka membuat penampilan dalam beberapa acara perlumbaan di Asia Tenggara pada tahun ini menerusi kempen yang dijalankan oleh Porsche Asia Pasific.

Dalam perkembangan berkaitan, SDAP juga memperkenalkan program pemanduan Porsche. Program itu bertujuan meningkatkan pengalaman dalam kalangan pemilik kereta sports empat pintu Porsche.

batch_porsche-cayman-gt4-clubsport-mekanika3

Kenderaan baharu yang didaftarkan pada tahun 2017 akan menerima penyertaan percuma ke dalam program pemanduan “Introduction to Porsche” di Litar Antarabangsa Sepang.

Para peserta akan mendapat bimbingan daripada jurulatih Porsche untuk meningkatkan kemahiran pemanduan masing-masing. Program itu turut merangkumi satu pengalaman memandu kereta sports Porsche dua pintu di litar lumba.

Google ads
Back to top button