Artikel Pilihan

SEBUAH FERRARI F50 1995 BAKAL DIJUAL MINGGU HADAPAN – PANDAI KECEK PUN KITO TOK BAGI SAJO

Ferrari F50 mengundang reaksi pelbagai sewaktu dilancarkan. Ia dikatakan kekurangan ‘Umphh’ berbanding model F40 yang digantikannya. Padahal ramai pengkritik tu asap Ferrari pun tak pernah hidu seumur hidup. Kini selepas tiga dekad berlalu F50 menjadi antara model paling bernilai di kalangan para pengumpul dan peminat yang mampu memilikinya. Bulan hadapan peluang untuk memilikinya terbuka sekali lagi dengan harga anggaran USD6.5J (sikit lagi nak cecah RM30J).

Ferrari hanya menghasilkan 249 unit F50 dan model yang dipaparkan ini mempunyai nombor chasis 103274 dan merupakan unit kelapan dihasilkan. Ia keluar dari kilang pemasangan pada bulan Oktober 1995 dengan warna Rosso Corsa dan kemasan dalaman hitam merah ataupun kod nama Nero.

Menurut RM Sotheby, pemilik pertama kereta ini ialah sebuah pusat jualan kereta di Singapura bernama Hong She Motor. Ia disimpan oleh pemilik pusat jualan tersebut di kediaman beliau sendiri selama beberapa tahun sebelum dieksport ke Amerika Syarikat pada tahun 2013.

F50 ini cuma dipandu sejauh 1,005 kilometer sahaha sepanjang hayatnya. Kesian, beli kuda lumba tapi kurung dalam kandang selama bertahun-tahun. Ia kemudiannya dianugerahkan Ferrari Claccische Red Book pada tahun 2014 bagi membuktikan yang keseluruhan komponen kereta ini merupakan bahagian asal sebagaimana sewaktu dikeluarkan dari kilang.

Ia juga dijual lengkap dengan set bagasi keluaran standard Ferrari lengkap dengan kotak khas untuk menyimpan rekod-rekod servis dan dokumen tempahan dari kilang.

Untuk rekod khususnya mereka yang lahir selepas tahun 2000, F50 ini dikuasakan enjin V12 4.7 liter NA dengan teknologi F1 yang berkemampuan menghasilkan 513 hp kuasa semasa keluar dari kilang. Pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan masa 3.7 saat walaupun dengan pecutan roda belakang. Pecutannya akan berterusan sehingga ke had 325 km/j!

Anggaran harga jualan ialah sekitar USD5.5 hingga ke 6.5J! Adoi mana nak cekau duit dalam masa sebulan ni?

Google ads
Back to top button