Buletin

CHERY MALAYSIA LANCAR PUSAT PAMERAN DAN SERVIS BAHARU DI KOTA KINABALU

Chery Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan pusat pameran dan pusat servis Chery baharu di Sabah, dimiliki dan dioperasikan oleh rakan-pengedar Universal Chery Sdn Bhd.

Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, pusat 3S baru ini meliputi 1,400 meter persegi, menawarkan pengalaman komprehensif dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan serta penyelenggaraan.

Pusat servis ini mempunyai 8 ruang (bay) servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery, mampu menyelenggara sehingga 830 kenderaan setiap bulan.

“Kami sangat berbesar hati memperluaskan kehadiran kami di Sabah, memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rangkaian kenderaan kami,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang.

“Dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, ini seterusnya menunjukkan komitmen kami di Chery Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan luar biasa serta kemudahan kepada pelanggan kami di Sabah.”

Pusat pameran ini dibuka setiap hari – dari 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan dari 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum).

Sementara, pusat servis dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat) dan dari 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu); ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

Google ads
Back to top button