Buletin

TEMPAHAN TOYOTA COROLLA CROSS CKD KINI DIBUKA. 3 VARIAN, BERMULA RM123K

UMW Toyota Motor kini membuka tempahan untuk model Toyota Corolla Cross pemasangan tempatan (CKD). SUV tersebut mula diperkenalkan sebagai unit diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. 

Kini, ketiga-tiga varian iaitu Corolla Cross Hybrid, Corolla Cross 1.8V dan 1.8G sudah dipasang di kilang ASSB di Bukit Raja, Selangor. Semua pengedar sah Toyota mula mengambil pesanan untuk kesemua varian yang ada.

Anggaran harga termasuk cukai jualan dan tidak termasuk insurans adalah seperti berikut:

  • Toyota Corolla Cross 1.8 Hybrid: RM137,000
  • Toyota Corolla Cross 1.8V: RM129,000
  • Toyota Corolla Cross 1.8G: RM123,000

Jentera berkenan tampil dengan lima warna yang memikat: kelabu celestite metalik (Corolla Cross Hybrid sahaja), putih mutiara, merah, biru dan perak metalik. 

Varian Corolla Cross 1.8V dan 1.8 Hybrid dilengkapi sistem keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) 2.0. Ia merangkumi Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan bantuan kendalian, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).

Teknologi-teknologi teras itu menggunakan radar dan kamera bersama ciri keselamatan lain seperti Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Panoramic View Monitor 3D, Driver Start Control dan Tyre Pressure Warning System (TPWS). 

Driving Video Recorder (DVR) di bahagian depan adalah standard dan pelanggan boleh memilih untuk menambah DVR di bahagian belakang. Bagi model CKD, sistem DRCC dan LTA telah dipertingkatkan agar boleh beroperasi

dalam kelajuan penuh. 

DRCC mengekalkan jarak selamat daripada kenderaan di depan dan bergerak dengan sebarang kelajuan melayar yang ditetapkan. LTA pula membantu pemandu mengekalkan kenderaan di lorongnya termasuk ketika di selekoh.

Selain itu, terdapat tujuh beg udara SRS di sekeliling kabin (termasuk untuk lutut pemandu) yang akan mengurangkan impak jika berlaku kemalangan . Cagak Isofix juga tersedia di tempat duduk belakang.

Sama seperti model kereta penumpang Toyota lain, Corolla Cross hadir dengan jaminan kilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan, pek bateri hibrid hadir dengan jaminan berasingan selama lapan tahun.

Berbeza dengan jenama lain, Toyota menawarkan perlindungan luas merangkumi pek bateri, inverter dan Kawalan Pengurusan Kuasa ECU. Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan perlindungan penuh selama dua tahun.

Bagi melindungi kenderaan daripada dicuri, UMWT memasang Vehicle Telematics System (VTS) yang dapat mengesan lokasi kenderaan menggunakan jaringan GPS/GSM.

Google ads
Back to top button