
SEGALANYA TENTANG FIAT MULTIPLA, KERETA PALING SEGAK DI ALAM SEMESTA
Kalau anda sebut negara Itali, anda akan terbayangkan pizza, spaghetti dan juga Ferrari selain Lamborghini. Kedua dua jenama ini dikaitkan sebagai supercar yang menghasilkan kuasa kuda beribu-ribu lemon dan juga rekaan luar yang agresif.
Tapi anda juga kena ingat di mana Itali juga menghasilkan kereta yang boleh dikatakan “paling segak di alam semesta” dikenali sebagai Fiat Multipla. Ini merupakan fakta ringkas yang anda kena tahu berkenaan Fiat Multipla
1. Rekaan kereta ini dihasilkan oleh Roberto Giolito untuk bahagian luar dan Peter Davis bagi rekaan dalaman. Satu-satunya rekaan Giolito yang boleh diterima ialah Fiat 500 dalam varian Abarth
2. Multipla dihasilkan bermula dari tahun 1998 sehingga tahun 2010 merupakan kelahiran semula satu lagi model Fiat yang popular satu ketika dulu iait Fiat 600 yang dihasilkan antara 1950an ke 1960an
3. Fiat Multipla juga dihasilkan di China dengan menggunakan nama Zotye Multiplan dari tahun 2008 sehnggalah tahun 2013. Vers terakhir model ini ialah Zotye M300EV iaitu sebuah kereta berkuasa elektrik

4. Bagi model 1998-2010, nama asal MPV ini ialah Type 186 MPV dengan kapasiti 6 penumpang. 3 penumpang boleh duduk di barisan pertama dan 3 lagi penumpang boleh duduk di barisan kedua.
5. Versi yang panjang Multipla ialah Fiat Bravo yang lebih panjang dengan Fiat Multipla merupakan varian yang lebih pendek dan berkotak. Disebabkan rekaan kereta ini mementingkan ruang dalaman yang luas, rekaan luar kereta ini perlu dikorbankan menjadi kotak
6. Terdapat 2 pilihan enjin yang ditawarkan samaada 1600cc 4 silinder yang menjana 101 kuasa kuda dan 145 Nm tork atau enjin 2000cc 4 silinder turbodiesel yang menghasilkan 113 kuasa kuda dan 203Nm tork
7. Walaupun bentuknya buruk, tapi ruang dalam Multipla sangat bagus fleksibel. Dengan kapasiti 6 penumpang, ia berupaya memuatkan sehingga 430 liter ruang kargo, menjadi 1900 liter apabila semua kusyen barisan kedua diangkat keluar daripada kereta.
8. Walaupun rekaan Multipla dikritik hebat, ia tetap memenangi anugerah Top Gear of the Year 2000 dan Top Gear Megazine Family Car dari tahun 2001-2004. Sambutan juga diterima dengan baik di Itali, tapi kurang berjaya di tempat lain

9. Pada tahun 2020 Pierre Chabrier dan Silvain Levy memulakan satu projek bagi meminta dana awam agar mereka mengumpul sekitar 50,000 ribu Euro bagi menghasilkan Fiat Multipla dengan 1000 kuasa kuda. Sebaliknya mereka berjaya mengumpul 1,000,000 juta Euro bagi projek mereka
10. Disebabkan menggunakan dana awam, Chabrier dan Silvain Levy mendokumenkan sema hasil kerja mereka dengan teliti. Enjin V8 telah ditala bagi menjana 1000 kuasa kuda, bahagian belakang badan kereta dilebarkan dan diberikan roll cage bag tujuan keselamatan

