Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG PORSCHE CAYENNE GENERASI PERTAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan membincangkan tentang Porsche Cayenne generasi pertama.

Kita pergi pada sejarah pembangunan terlebih dahulu. Apa yang membuatkan sebuah syarikat pengeluar kereta berprestasi tinggi mengambil keputusan untuk mengeluarkan SUV ?

Sebenarnya syarikat Porsche sudah mengalami masalah kewangan dari tahun 1986 lagi. Masalah ini berpunca daripada kejatuhan tukaran matawang, polisi semasa dan kos produksi yang tinggi. Hal ini diburukkan lagi dengan jumlah jualan yang semakin merudum.

Pada tahun 1991, Porsche hanya dapat menjual 23,000 unit jentera sahaja. Separuh jumlahnya berbanding 5 tahun sebelumnya. Keadaan paling gawat adalah pada tahun 1992 sehingga 1993 dimana ketika ini Porsche hanya menjual 14,362 unit sahaja di pasaran global.

Dengan pengenalan Porsche Boxster pada tahun 1996, pihak Porsche berjaya meningkatkan jumlah jualan kepada kira-kira 32,000 unit. Namun begitu, pihak pengurusan Porsche masih belum berpuas hati dengan hasilnya dan masih memikirkan idea untuk melonjakkan lagi jumlah jualan. Disamping itu, mereka juga membincangkan kereta jenis apa yang akan diminati oleh orang ramai pada akhir 90-an.

Hasil perbincangan, tercetusnya idea gila iaitu dengan mengeluarkan SUV. Kriteria yang diperlukan adalah SUV tersebut perlulah berkuasa, pengalaman pemanduan yang dinamik dan sesuai untuk semua jenis lapangan. Yang paling penting, SUV tersebut mestilah mempunyai DNA sebuah Porsche iaitu “Sporty”.

Keputusan ini dianggap perjudian oleh pihak Porsche sendiri. Kalau jadi, menguntungkan. Kalau tak jadi, habis. Bukan apa, kos untuk melakukan R&D dan kos produksi sesuatu model bukanlah murah. Ia menelan kos jutaan dolar untuk merealisasikannya.

Akhirnya pada tahun 2002, SUV pertama Porsche iaitu Porsche Cayenne 955 dilancarkan. Model ini dibina dengan platform Volkswagen PL71. Eh ? Kenapa Volkswagen ?

Sebenarnya kerjasama antara Porsche dan Volkswagen sudah terjalin sejak dahulu kala lagi. Sedangkan model ikonik Volkswagen Beetle itu pun dibuat oleh Ferdinand Porsche atas arahan Adolf Hitler. Oleh itu, perkongsian teknologi antara Porsche dan Volkswagen bukanlah benda yang baru.

Kita balik ke pangkal jalan. Model pertama Porsche Cayenne yang dihasilkan hanya mempunyai 2 varian pada awalnya. Model tersebut adalah :-

  • Cayenne S. Model ini menggunakan enjin V8 4,511cc(4.5L) NA yang menghamburkan kuasa sebanyak 335hp dan daya kilas sekuat 420Nm
  • Cayenne Turbo. Model ini menggunakan enjin V8 4,511cc(4.5L) Twin Turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 444hp dan daya kilas sekuat 620Nm

Ini adalah pada tahun 2002 Tuan-Tuan, dengan nilai kuasa kuda yang ada pada varian Cayenne Turbo menjadikannya SUV paking berkuasa di dunia ketika itu. Di dunia ye, bukan di Malaysia mahupun Wakanda.

Kemudian pada tahun 2003, satu lagi varian dikeluarkan yang dipanggil Cayenne Base Model atau Cayenne sahaja. Varian ini menggunakan enjin VR6 3,189cc(3.2L) NA yang diambil daripada Volkswagen. Enjin ini menghamburkan kuasa sebanyak 247hp dan daya kilas sekuat 310Nm. Varian ini menjadi varian Cayenne yang paling kurang berkuasa diantara Cayenne-Cayenne yang lain.

Pada tahun 2006, pihak Porsche mengeluarkan satu lagi varian Cayenne iaitu Porsche Cayenne Turbo S. Varian ini merupakan varian “Updates” dari Cayenne Turbo. Ia masih menggunakan enjin yang sama seperti carian Cayenne Turbo namun terdapat sedikit pengubahsuaian dilakukan dan ditala semula. Enjin varian Turbo S ini seterusnya menghamburkan kuasa sebanyak 513hp dan daya kilas sekuat 720Nm ! Kuat gila ni Tuan-Tuan !

Sekitar tahun 2002 sehingga 2006 terdapat 4 varian secara total iaitu :-

  • Cayenne S (2002 – 2006)
  • Cayenne Turbo (2002 – 2006)
  • Cayenne (2003 – 2006)
  • Cayenne Turbo S (2006)

Maka disini berakhirlah produksi untuk Porsche Cayenne model 955. Sekiranya model Porsche Cayenne anda berada di dalam julat tahun yang disebutkan diatas, ini bermakna model Cayenne anda adalah model 955

Pada tahun 2008, pihak Porsche melancarkan 4 varian “Facelift” secara serentak dan kod model ini dipanggil model 957. Varian-carian tersebut adalah :-

  • Cayenne. Varian ini menggunakan enjin VR6 3,598cc(3.6L) NA yang menghamburkan kuasa sebanyak 286hp dan daya kilas sekuat 385Nm
  • Cayenne S. Varian ini menggunakan enjin V8 4,806cc(4.8L) NA yang menghamburkan kuasa sebanyak 380hp dan daya kilas sekuat 500Nm
  • Cayenne Turbo. Varian ini menggunakan enjin V8 4,806cc(4.8L) Twin Turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 493hp dan daya kilas sekuat 700Nm
  • Cayenne GTS. Varian ini menggunakan enjin V8 4,806cc(4.8L) NA yang menghamburkan kuasa sebanyak 399hp dan daya kilas sekuat 500Nm

Pada tahun 2009, Porsche melancarkan 2 lagi varian dan salah satunya merupakan varian paling berkuasa iaitu :-

  • Cayenne Turbo S. Varian ini dilengkapi dengan enjin V8 4,806cc(4.8L) Twin Turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 542hp dan daya kilas sekuat 750Nm
  • Cayenne Diesel. Varian ini dilengkapi dengan enjin Diesel V6 2,967cc(3.0L) Turbo yang menghamburkan kuasa sebanyak 237hp dan daya kilas sekuat 550Nm. Varian ini menggunakan enjin daripada Volkswagen

Bayangkan Tuan-Tuan. Pada tahun 2009 terdapat sebuah SUV yang mempunyai kuasa sebanyak 542hp dan daya kilas sekuat 750Nm. Kelajuan maksimum pula pada 275km/h. Memang gila Porsche ni. SUV tu. bukan “Sports Car”.

Eh, Cayenne tiada model “Special Edition” ke ? Ada Tuan-Tuan. Terdapat 3 varian “Special Edition” iaitu :-

  • Porsche 955 Cayenne S Titanium Edition. Varian ini dilancarkan pada tahun 2006 dimana ia menerima ciri-ciri khusus antaranya ialah “Lightweight Steel Body”, “Alumunium Hood”, “Titanium Painted Bodypart”, “Side Lower Rocker Body Panel” dan bermacam-macam lagi. Ia menerima enjin V8 4,511cc(4.5L) NA yang menghamburkan kuasa sebanyak 340hp dan daya kilas sekuat 420Nm
  • Porsche 957 Cayenne GTS Porsche Design Edition 3. Varian ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti Porsche 957 Cayenne GTS namun ia menerima ciri kosmetik seperti kemasan luaran yang serva hitam bersama “Livery” Porsche Design. Selain itu, pembeli juga akan mendapat set “4 Units Luggage” dan jam jenama “Porsche Design Type P6612” yang berharga belasan ribu ringgit. Hanya 1,000 unit sahaja varian ini dikeluarkan oleh Porsche.
  • Porsche 957 Cayenne S Transsyberia. Varian ini pada asalnya dihasilkan oleh Porsche untuk bersaing di dalam kejohanan Transsyberia Rally dan hanya dibina sebanyak 26 unit sahaja. Namun sebagai “Tribute” kepada kejayaan model ini di dalam kejohanan tersebut, pihak Porsche turut melancsrkan varian ini kepada umum dengan jumlah produksi terhad kepada 600 unit sahaja

Dah baca sampai sini ? Tahniah. Terima kasih juga kerana tidak meminta kami melukis.

Secara ringkasnya, daripada artikel diatas kita dapat lihat seperti berikut :-

  • Varian tahun 2002 – 2006 merupakan model “Pre-Facelift” dan dikenali dengan kod 955
  • Varian tahun 2008 – 2010 merupakan model “Facelift” dan dikenali dengan kod 957
  • Varian paling berkuasa adalah varian 957 Cayenne Turbo S
  • Varian paling lemau adalah varian 955 Cayenne
  • Varian GTS merupakan varian yang paling lengkap walaupun bukan yang paling berkuasa
  • Produksi model Cayenne generasi pertama tamat pada tahun 2010 bagi memberi laluan kepada generasi kedua yang mula produksi pada tahun 2011

Carian di atas talian mendapati kebanyakan varian Cayenne generasi pertama ini dijual dengan harga kurang dari RM100,000. Berbaloikah untuk dibeli ?

Jawapannya berbaloi Tuan-Tuan. Pertama sekali kita lihat dari harga cukai jalan kerana harga cukai jalan merupakan faktor utama orang ramai menjauhkan diri dari jentera ini.

  • 3,189cc(3.2L) = RM1,942.40 setahun
  • 3,598cc(3.6L) = RM2,596.80 setahun
  • 4,511cc(4.5L) = RM4,057.60 setahun
  • 4,806cc(4.8L) = RM4,529.60 setahun

Kita ambil contoh varian Porsche 957 Cayenne GTS 4.8L V8. Nilai cukai jalannya adalah RM4,528.60 setahun bersamaan RM377.47 sebulan dan RM12.41 sehari. Kalau anda makan nasi kandar pun lebih dari RM12.41 Tuan-Tuan. Nilai insurans lula bergantung kepada peratusan NCD anda. Lagi tinggi NCD lagi murah.

Bagaimanapula dengan “Maintenance” ?

Sebenarnya tak susah pun nak jaga jentera ini. Porsche Cayenne terkenal dengan kelasakan dan ketahanannya. Yang penting bawa ke bengkel dan mekanik yang mahir dan berpengalaman. Diatas kami sudah kongsikan dimana pembangunan Porsche Cayenne geneasi pertama ini dibuat menggunakan platform Volkswagen PL71. Oleh yang demikian, kebanyakan komponen “Wear & Tear” jentera ini berkongsi dengan model Volkswagen Touareg dan Audi Q7.

Tudak cukup dengan itu, berlonggok-longgok alat ganti OEM tersedia untuk jentera ini. Sekiranya anda pergi ke bengkel yang mahir dan berpengalaman, mereka dia masalah untuk mendapat akses alat ganti OEM yang jauh lebih murah harganya.

“Saya risaulah, Porsche Cayenne pakai Air Suspension kan ?”

Jangan risau. Di dalam kesemua varian Porsche Cayenne, ada model yang dilengkapi dengan sistem “Air Suspension” dan ada yang datang dengan sistem gantungan jenis “Coil Spring”. Sekarang ini terdapat cara untuk menukar sistem asal “Air Suspension” kepada sistem jenis “Coil Spring” bersama dengan “Cancellation Kit”.

Oleh itu, tidak timbul sebenarnya masalah untuk menjaga sistem gantungan jentera ini. Sekiranya anda berhajat untuk mengekalkan sistem “Air Suspension”, anda juga tidak perlu risau kerana adanya lambakan alat ganti terpakai di kedai-kedai potong dan juga alat ganti OEM yang lebih murah harganya.

Google ads
Back to top button