
PERODUA TERIMA 2,103 KES KENDERAAN TERJEJAS BANJIR
PERODUA menerima hampir 2,103 kes kenderaan jenama itu yang rosak akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri antara Disember 2021 dan bulan ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 366 unit kenderaan sudah dibaik pulih dan diserahkan semula kepada pelanggan.
Beliau berkata, usaha giat dijalankan menerusi rangkaian pusat servis untuk mempercepatkan kerja membaik pulih baki kenderaan yang rosak akibat banjir.
Zainal Abidin menjelaskan kemasukan kenderaan ke Pusat Servis Perodua adalah sebagai tindakan kepada Program Bantuan Banjir Perodua.
Katanya, program berkenaan menawarkan beberapa insentif kepada pelanggan seperti diskaun 50 peratus untuk alat ganti standard, caj buruh percuma untuk menukar semua alat ganti dan baik pulih, termasuk khidmat tunda percuma.
Selain itu, Kementerian Kewangan turut mengumumkan inisiatif baucar RM1,000 untuk membantu pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir.
- BACA: PERODUA HARAP PENGECUALIAN CUKAI JUALAN DILANJUT KERAJAAN. SASAR KELUARKAN 265,900 UNIT KENDERAAN PADA TAHUN INI
- BACA: PERODUA HENTI PRODUKSI ALZA APRIL INI. MODEL BAHARU LAGI POWER?
- BACA: KEMBAR PERODUA KANCIL PASANG ENJIN JET, 2600 KUASA KUDA
- BACA: PERODUA GAGAL CAPAI SASARAN JUALAN 200K PADA 2021. COVID-19 DAN BEKALAN CHIP JADI PUNCA








