" "
Artikel PilihanBuletin

SEGALANYA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG CAKERA BREK (BRAKE ROTOR)

Sistem Brake Disc pada kenderaan diperkenalkan dan digunakan pada kenderaan awam pada 1955. Ia digunakan pada kereta Citroen DS. Fuhh. Padu bossku nenek moyang Proton Tiara ni. 

Sistem Brake Disc merangkumi komponen-komponen seperti Brake Caliper, Brake Rotor/Disc dan Brake Pad. Tapi hari ini saya akan fokus kepada komponen Brake Rotor/Disc.

Brake Rotor dibuat kebiasaannya dari “Gray Iron” atau “Grey Cast Iron“, ia merupakan sejenis “Cast Iron” yang mempunyai “Graphitic Microstucture“. Brake Rotor umumnya terdiri daripada 2 jenis, iaitu jenis “Solid” dan juga “Ventilated”/”Vented”.
Perbezaannya dapat dilihat jelas dari rekaannya dimana “Ventilated Disc” mempunyai lubang di antara 2 keping disc. Manakala, “Solid Disc” hanyalah sekeping disc tanpa lubang. Macam pelik pula ayat ni. Tapi takpelah asal korang faham. Lubang diantara disc berfungsi sebagai rongga udara. Jadi, ketika rotor berputar, udara akan masuk ke rongga udara lalu menyejukkan rotor. “Solid” ? Takde. Macam tu je lah.
Kebanyakan pengeluar kenderaan akan meletakkan spesifikasi rotor ini di dalam iklan mereka. Paling biasa, “Vented Disc” di depan dan “Solid Disc” di belakang. Jadi, harapnya disini dapatlah dijelaskan apa makna “Ventilated/Vented Disc” dan “Solid Disc”.
Okay, sekarang kita ke topik hangat sikit. Terdapat beberapa jenis rotor yang ada di pasaran. Antaranya :-
* Plain/Smooth Rotor
* Drilled Rotor
* Slotted Rotor
* Drilled & Slotted Rotor
Diantara keempat-empat jenis rotor ini, mari kita kupas satu persatu.
🛠Plain/Smooth Rotor
Ramai yang salah sangka dengan rotor jenis ni. Biarpun ianya “Plain”, itu tak bermaksud keberkesanannya berkurangan. Bahkan, model jenis ini lah yang menjadi pilihan ketika di trek mahupun pemanduan biasa.
Jika tidak mempunyai calar atau bengkok, rotor ini amat efisyen dan senyap. Model ini juga lebih tahan dan kuat berbanding model yang lain kerana tiada lubang atau garis yang membolehkan retakan berlaku. Model ini disarankan pada kenderaan biasa dan offroad seperti Rally. Ia juga sesuai digunakan di trek.
🛠Drilled Rotor
Model ini sangat sesuai digunakan jika tempat anda terdedah kepada hujan yang kerap. Lubang yang terdapat pada rotor membolehkan air melaluinya dengan mudah. Dengan ini, air tidak akan mengganggu keberkesanan brek dan menjadikannya sangat efisyen ketika hujan. Akan tetapi, model ini sebenarnya tidak digalakkan untuk dibawa ke trek.
Hal ini kerana ia tidak dapat menampung perubahan suhu yang ekstrim. Lagipun, dengan lubang-lubang yang ada pada rotor, retakan kebiasaannya bermula dari situ. Sebagai contoh, brake rotor Nissan GTR stock kebanyakannya akan mengalami keretakan pada rotor.
Ya, ianya menggunakan model jenis “Drilled”. Jadi, jika untuk “Street Performance” boleh digunakan. Lebih dari itu, tidak digalakkan.
🛠Slotted Rotor
Model ini merupakan model paling popular. Bahkan pengeluar barangan aftermarket juga banyak mengeluarkan rotor jenis ini. Sebagai contoh, AP Racing J Hook dan Endless E-Slit. Dengan adanya garisan “Slotted” yang ada, ianya akan memotong bahagian “Brake Pad” yang tak rata atau “overheat”.
Jadi, anda akan dapat lapisan “Brake Pad” yang baru setiap kali membrek. Model ini juga sangat efisyen walau ketika hayatnya sudah hampir habis. Err, lain macam pulak ayat ni. Senang cerita, walau dah nipis pun, jika garisan “Slotted” masih ada, keberkesanan brek masih baik.
Tapi, jika garisan dah hilang, tukar cepat. Habis tu ? Takde kekurangan ? Ada bossku. Kekurangannya adalah rotor jenis ni cepat habis. Bukan rotor je, “Brake Pad” anda pun hayatnya akan bertambah pendek. Nak tukar sentiasa boleh, tapi mahal bossku.
Contohnya, Endless E-Slit Rotor seunit harganya dalam lingkungan RM4,000. Nak pakai murah punya boleh, sanggup gadaikan nyawa ? Haha. Lagi satu. Berbunyi. Bising. Kadang ada, kadang takde. Kalau ada cuba tembak angin dulu bagi hilang “Brake Dust”. Kalau tak boleh, skim je lah.
🛠Drilled & Slotted Rotor
Model ni untuk “Street Performance” dan kosmetik boleh lah. Bukan tak efisyen. Memang efisyen, lagi-lagi masa hujan. Tapi, sedangkan yang “Drilled” oun terdedah kepada retakan, lagi lah model ni. Jadi, untuk kegunaan trek sangat tidak digalakkan.
Baiklah. Kita pergi ke topik lain pula. “1-Piece”, “2-Piece” dan “2-piece Floating”.
🛠1-Piece
Ini bukanlah Monkey D. Luffy anak kepada Monkey D. Dragon cucu kepada Monkey D. Garp. 1-Piece Rotor bermaksud unit rotor itu dibina sebagai satu unit. Di mana ia tidak mempunyai komponen lain yang bersambung dengannya. Model ini adalah biasa dilihat pada kenderaan-kenderaan biasa.
Contohnya,  Perodua Myvi. Rotor yang digunakan adalah dari jenis 1-Piece. Harga bagi unit “1-piece” juga tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan “2-piece”. Adakah sesuai untuk digunakan di trek ? Tidak digalakkan. Ini kerana, pada suhu yang ekstrim, “Cast Iron” boleh mengembang sehingga 2mm dari bentuk asalnya.
Umum juga mengetahui sifat besi akan berkembang ketika panas. Akan tetapi, dengan rekaan “1-Piece” ini, ia menghalang rotor daripada mengembang. Kesudahannya rotor akan bengkok(warp). Selain itu, ia juga agak berat. Di trek sebolehnya kita hendak kurangkan berat dan unit rotor ini tidak membantu.
🛠2-Piece Rotor
2-Piece Rotor terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis “Fixed” dan “Floating”. 2-Piece Rotor bermaksud unit rotor ini mengandungi lebih dari satu unit komponen bagi menjadikannya satu unit yang lengkap. Komponen-komponen ini terdiri daripada “Fixed Bolt/Float Bobbins”, “Disc Ring”, dan “Bell Housing”.
Sebab utama kenapa dicipta “2-piece Rotor” ini adalah untuk mengurangkan berat. Tidak seperti “1-Piece Rotor” yang mengandungi “Gray Iron” pada keseluruhan permukaannya, “2-Piece Rotor hanya menggunakan “Gray Iron” pada “Disc Ring” sahaja. Di bahagian tengahnya pula terdiri daripada “Alumunium Bell Housing” yang sememangnya ringan. Kemudian, diikat pula menggunakan “Fixed Bolt/Float Bobbins”.
Perbezaan diantara “Fixed” dan “Float” terdiri daripada unit “Fixed Bolt” & “Float Bobbins”. “Fixed Bolt” seperti namanya, tetap. Ia mengikat “Disc Ring” secara tetap pada “Bell Housing”. Maknanya, tiada ruang juga bagi proses pengembangan “Disc Ring” ketika suhu ekstrim. Jadi, kemungkinan untuk unit “Disc Ring” bengkok masih tinggi.
Bagi model “Float” pula, unit “Float Bobbins” digunakan untuk mengikat “Disc Ring” pada “Bell Housing”. “Float Bobbins” mempunyai unit spring dan ini memberikan “Disc Ring” untuk mengembang ketika suhu ekstrim. Jadi, dapat dilihat disini, penggunaan rotor jenis “Float” sangat bersesuaian ketika di trek. Namun, pemandu akan terasa sedikit “longgar” ketika membrek. Ini kerana “freeplay” yang terdapat diantara unit “Disc Ring” dan “Bell Housing”.
Jadi, untuk penggunaan harian agak sedikit tidak selesa. Terkini, syarikat pengeluar seperti AP Racing, Endless dan EBC telah mengeluarkan unit “Float Bobbins” yang mampu menyelesaikan masalah ini. Boleh rujuk laman sesawang mereka untuk pembelian. Secara ringkasnya, model “Fixed” bersesuaian untuk “Street Performance” dan “Offroad” seperti Rally. Manakala jenis “Float” pula lebih sesuai untuk digunakan di trek.
🛠Carbon Ceramic Rotor
Ini merupakan rotor idaman ramai. Ia dibina dari “Carbon Fibre Reinforced Ceramic Process”. Kelebihan model ini adalah ianya ringan. Sangat ringan sebenarnya. Ia juga mampu menahan suhu yang ekstrim tanpa mengubah struktur asalnya. Dulu mungkin susah nak jumpa model ni.
Tetapi sekarang, pengeluar kenderaan eksotik menawarkan pakej dengan CCB Brake Kit ketika pembelian kenderaan. Ianya juga tahan lama. Sangat lama jika dibandingkan dengan “Gray Iron”. Akhir sekali, tak berkarat seperti brek biasa. Ye lah, dah namanya pun Carbon kan.
Kekurangannya pula, ketika suhu sejuk, keberkesanan brek akan menurun. Senang cerita, brek tak berapa makan ketika sejuk. Bunyi pun satu hal, Carbon Brake bukan kalis bunyi ye Tuan-Tuan. Boleh juga berbunyi. Akhir sekali, harga. Keempat-empat unit boleh memakan kos sehingga RM80,000-RM150,000. Kasar beb.
Kesimpulannya, ini lah data-data yang perlu diambil kira ketika membuat pemilihan brek. Saya harap, perkongsian saya ini dapat membantu anda semua untuk lebih tahu serba sedikit tentang “Brake Rotor”. Sentiasa ingat, jangan berkompromi tentang sistem brek. Tak guna laju kalau tak boleh berhenti. Akhir kalam, pastikan tulen.
Sekian, terima kasih.
Google ads
Back to top button