
KENAPA KENDERAAN BERGEGAR BILA BREK?
Kita mungkin pernah merasai pengalaman kenderaan bergegar apabila menekan pedal brek.
Situasi berkenaan kemungkinan berlaku akibat pelbagai sebab dan ia tidak semestinya berpunca daripada brek.
Kemungkinan disebabkan masalah asas pada enjin ataupun tayar yang tidak seimbang.
Justeru adalah lebih baik untuk memeriksa simptom gegaran semasa menekan brek bagi mengenal pasti punca sebenar masalah terbabit.
Gegaran boleh dirasai pada titik berbeza dalam pemanduan anda. Ia boleh dikaitkan dengan apa-apa sahaja daripada tayar haus kepada sesuatu lebih serius.
Jika anda mengalami gegaran pada kenderaan dalam senario: –
- Kereta bergegar apabila brek dan memecut
- Kereta bergegar apabila berhenti
- Kereta bergegar apabila membelok
Jika kenderaan anda mengalami gegaran berterusan ketika memandu, masalah berkenaan bukanlah disebabkan oleh sistem brek.
Kebanyakkan kenderaan seperti trak pikap memiliki tahap gegaran semula jadi apabila bergerak berikutan pembinaan badan pada rangka kenderaan berkenaan.
Bagi kenderaan seperti crossover dan sedan pula, ia tidak sepatutnya mengalami gegaran atau gegaran yang sangat ketara.
Jika perkara berkenaan berlaku, ia kemungkinan disebabkan beberapa perkara: –
Masalah Rim dan Tayar
- Pada kebiasaannya, roda akan dipersalahkan apabila kenderaan mengalami gegaran sama ada ketika brek ataupun tidak.
- Ia mungkin tidak seimbang ataupun bunga tayar haus serta tidak sekata.
- Penjajaran tayar yang salah boleh mempercepatkan proses haus pada bunga serta tayar tidak sekata.
- Rim juga boleh menjadi faktor apabila ia bengkok.
Masalah Suspensi dan Stereng
- Jika suspensi ataupun sistem stereng bermasalah, anda perlu memastikan penyelenggaraan dilakukan dengan kadar segera. Curah kasih sayang sikit dekat kenderaan tu, Jangan kedekut.
- Bagaimanapun, jika gegaran berlaku semasa membelok, kemungkinan besar terdapat masalah bearing pada kenderaan tersebut.
Masalah Gandar
- Gandar bengkok, aci pemacu rosak atau sambungan CV yang haus juga boleh menjadi penyebab gegaran ketika anda memandu.
- Kerap melalui jalan berlubang atau pernah mengalami kemalangan kecil boleh menyebabkan kerosakan pada gandar.
Masalah Enjin dan Transmisi
- Enjin dan transmisi turut boleh menjadi punca kenderaan anda bergegar.
- Sebagai contoh, jika mounting rosak dan longgar atau kipas rosak boleh menyebabkan komponen dalam kenderaan bergegar.
- Selain itu, spark plug kotor, timing belt rosak, penapis tersumbat atau hos longgar merupakan perkara yang perlu diambil berat sekiranya kenderaan bergegar.
Dalam pada itu, gegaran juga boleh berlaku ketika nyahpecutan seperti: –
- Seluruh kenderaan bergegar apabila membrek.
- Kereta bergegar apabila membrek pada kelajuan tinggi dan rendah.
Jika kenderaan bergegar apabila menekan brek, kemungkinan besar masalah berkenaan berpunca pada sistem brek.
Bagaimanapun, punca sebenar masih tidak dapat dipastikan dan memerlukan pemeriksaan oleh mekanik bertauliah. Bukan main redah sendiri.
Ia mungkin disebabkan masalah seperti rotor brek haus atau tidak sekata, brek pad rosak ataupun haus dan kaliper melekat.
Demikianlah sedikit tips apabila berdepan dengan kenderaan bergegar ketika membrek. Moga dapat membantu para pembaca.
Pesan abam, apa-apa pun korang bawa kenderaan jumpa mekanik profesional untuk pandangan lebih terperinci. – carbuzz